Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden komited pertahan Taiwan jika diserang China

Oct 23, 2021 | 05:30 AM



BALTIMORE: Presiden Joe Biden menegaskan komitmen Amerika Syarikat (AS) untuk mempertahankan Taiwan jika pulau itu diserang China yang menganggap wilayah berkenaan sebahagian daripadanya.



"Ya," katanya ketika ditanya CNN mengenai tindakan sama ada akan mempertahankan Taiwan pada sesi 'town hall' kelmarin.



"Kami mempunyai komitmen terhadap itu," katanya lagi.



Kenyataan Encik Biden itu bertentangan dengan dasar lama AS dikenali sebagai 'kekaburan strategik' yang mana Washington membantu membina pertahanan Taiwan tetapi tidak betul-betul berjanji membantu pulau itu.



Beliau turut membuat janji sama pada Ogos lalu ketika ditemu bual ABC, sambil menegaskan AS akan sentiasa mempertahankan sekutu utama termasuk Taiwan, meskipun sudah menarik diri dari Afghanistan yang dimenangi Taleban.



Encik Biden berkata Amerika membuat 'komitmen suci' untuk mempertahankan sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Canada di Eropah, perkara sama dilakukan kepada Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.



Rumah Putih kemudiannya menjelaskan kepada wartawan bahawa dasar luar Amerika terhadap Taiwan tidak berubah.



Ketika ditanya penonton pada sesi yang disiarkan secara langsung di televisyen, sama ada Amerika mampu mengikuti perkembangan pesat ketenteraan China, Encik Biden berkata tidak perlu bimbang jika negara itu menjadi lebih kuat.



"China, Russia dan seluruh dunia tahu kita mempunyai tentera yang paling kuat dalam sejarah dunia," katanya.



Bagaimanapun Encik Biden menyatakan kebimbangannya terhadap negara pesaing yang 'membabitkan diri dengan aktiviti yang mungkin menyebabkan mereka melakukan kesalahan serius.



Beliau merujuk kepada hubungan sekian lama dengan Presiden China, Encik Xi Jinping, dan mengulangi kedudukannya untuk 'tidak memulakan perang dingin baharu dengan negara itu.



Namun demikian, beliau memberi amaran:



"Saya hanya mahu China faham bahawa Amerika tidak akan berundur."



China meningkatkan serangannya di Taiwan dengan menghantar jet pejuang dan pengebom berkeupayaan nuklear melintasi zon pertahanan udara Taiwan.



Ulasan Encik Biden itu timbul selepas laporan Financial Times yang mengatakan China sudah menguji peluru berpandu hipersonik dengan kuasa nuklear yang diterbangkan sekitar planet ini walaupun tidak mengenai sasaran.



Amerika dan Russia berlumba-lumba untuk mengembangkan senjata hipersonik mereka sendiri. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >