Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden minta warga sokong lebih banyak dana untuk Israel, Ukraine

Oct 20, 2023 | 02:02 PM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden melancarkan misi mengejut pada Khamis untuk mendapatkan sokongan rakyat Amerika bagi perbelanjaan berbilion dolar untuk Israel dan Ukraine.


Berucap di Pejabat Oval yang jarang berlaku, beliau menegaskan sokongan Amerika adalah penting bagi dua sekutu utama yang terlibat dalam peperangan.

“Kepimpinan Amerika menyatukan dunia. Pakatan Amerikalah yang memastikan kita, Amerika, selamat,” katanya.

Beliau mengaitkan militan Hamas di Jaluran Gaza yang menyerang Israel dengan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, yang tenteranya menyerang Ukraine.

“Hamas dan Putin mewakili ancaman yang berbeza, tetapi mereka berkongsi perkara ini: Mereka berdua mahu memusnahkan demokrasi yang berjiran,” tambahnya.

Encik Biden memohon perbelanjaan kecemasan yang menurut pegawai mencecah kira-kira AS$100 bilion ($137.2 bilion) sepanjang 2024 untuk Israel, Ukraine dan Taiwan serta keselamatan di sepanjang sempadan Amerika dengan Mexico.

Ia mungkin termasuk AS$60 bilion untuk Ukraine dan AS$10 bilion untuk Israel, kata sumber sebelum ini, serta berbilion-bilion untuk keselamatan sempadan Asia dan Amerika.

Separuh daripada AS$60 bilion untuk Ukraine itu akan digunakan untuk menggantikan dan memodenkan stok senjata Amerika, kata sumber.

Beliau bercakap sekitar 20 jam selepas pulang daripada lawatan singkat ke Israel untuk menunjukkan solidariti Amerika selepas serangan 7 Oktober oleh militan Hamas, yang membunuh 1,400 orang di selatan Israel.

Mesejnya membawa beberapa keperluan mendesak. Israel bersedia untuk melancarkan serangan darat untuk menumpaskan kumpulan Hamas dan ketegangan semakin memuncak selepas letupan maut di hospital Gaza yang mengorbankan beratus-ratus orang.

Ketika protes global semakin meningkat ekoran serangan ke atas Gaza, beliau menggesa rakyat Israel supaya tidak terbawa-bawa dengan api kemarahan ketika mereka bertindak balas terhadap Hamas.

Encik Biden turut menyuarakan kebimbangan bahawa sesetengah rakyat Amerika mempersoal mengapa Amerika menyokong peperangan.

“Saya tahu konflik ini kelihatan jauh tetapi sejarah telah mengajar kita bahawa apabila pengganas tidak menanggung kesan atas keganasan mereka, apabila diktator tidak menanggung kesan atas pencerobohan yang dilakukan, mereka menyebabkan lebih banyak huru-hara dan kematian dan lebih banyak kemusnahan. Ini masih berterusan dan kos serta ancaman terhadap Amerika dan dunia terus meningkat,” ujar beliau.

“Jika pemimpin Russia Encik Vladimir Putin tidak dihentikan, beliau boleh mengancam Poland, Estonia, Latvia dan Lithuania – semua sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), kata Encik Biden.

“Jika Putin menyerang sekutu Nato, kita akan mempertahankan setiap inci Nato,” tegas Encik Biden.

Beliau berkata, jika Amerika tidak bertindak, “risiko konflik dan huru-hara boleh merebak,” termasuk di Timur Tengah.

Menurutnya, musuh Amerika sedang memerhatikan bagaimana kedua-dua konflik itu berlaku dan boleh mencetuskan masalah di tempat lain di dunia – bergantung kepada keputusannya.

Encik Biden juga menyentuh latar belakang huru-hara politik di Washington, ketika Republikan yang mengawal Dewan Perwakilan, telah bergelut untuk menentukan siapa yang akan memimpin mereka sebagai speaker selepas memecat Encik Kevin McCarthy daripada jawatan itu.

“Anda tidak boleh membiarkan politik kecil, partisan, kemarahan menghalang tanggungjawab kita sebagai negara yang hebat. Saya tidak akan membiarkan perkara itu berlaku,” tegas Encik Biden. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >