Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ketua PBB akan lawat sempadan Gaza dalam rayuan baharu untuk gencatan senjata

Mar 23, 2024 | 04:09 PM



KAHIRAH - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Antonio Guterres, dijadual melawat sempadan Mesir dengan Gaza, pada 23 Mac untuk memperbaharui rayuan bagi gencatan senjata yang boleh membawa kelegaan kepada wilayah yang musnah akibat perang lebih lima bulan, antara Israel dan Hamas.


Rancangan lawatan itu dibuat ketika Israel mengancam untuk melancarkan operasi ketenteraan besar-besaran di bandar Rafah di selatan Gaza, tepat di seberang sempadan dari Mesir, walaupun terdapat rayuan antarabangsa terhadap serangan tersebut.

Majoriti 2.3 juta penduduk Gaza berlindung di sekitar Rafah. Walaupun keadaan lebih teruk di utara jaluran itu, keadaan orang awam di seluruh wilayah itu semakin buruk apabila konflik itu berlanjutan.

Encik Guterres akan melawat Al Arish di Sinai, utara Mesir, di mana kebanyakan bantuan antarabangsa untuk Gaza dihantar dan disimpan.

Beliau juga akan berkunjung ke bahagian Mesir di persimpangan Rafah, salah satu pintu masuk untuk bantuan kemanusiaan itu.

Beliau dijangka melawat hospital di Al Arish dan bertemu kakitangan pasukan bantuan kemanusiaan PBB, di Rafah.

Memandangkan harapan untuk gencatan senjata semasa bulan suci Ramadan telah pudar, dan keadaan kemanusiaan di Gaza semakin terdesak, Amerika Syarikat dan negara-negara lain telah berusaha menggugurkan bantuan dari udara dan kiriman melalui kapal, untuk menyampaikan lebih banyak bantuan.

Tetapi agensi kemanusiaan mengatakan bahawa hanya kira-kira satu perlima daripada jumlah bekalan yang diperlukan, telah memasuki Gaza.

Satu-satunya cara untuk memenuhi keperluan di kawasan pinggir pantai itu adalah dengan mempercepatkan penghantaran melalui jalan raya.

Israel, yang telah berikrar untuk memusnahkan Hamas dan bimbang kumpulan militan Palestin itu akan mengalihkan bantuan tersebut, telah menutup semua kecuali satu lintasan daratnya ke dalam enklaf itu.

Minggu ini, pemantau makanan global memberi amaran, bahawa kebuluran akan berlaku di utara Gaza dan boleh merebak ke bahagian lain wilayah itu, jika gencatan senjata tidak dipersetujui.

Lebih 32,000 orang telah terbunuh, oleh kempen ketenteraan Israel di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan.

Encik Guterres, yang membuat satu perjalanan sebelum ini ke sempadan Mesir dengan Gaza sejurus selepas perang meletus, melawat Mesir dan Jordan sebagai sebahagian daripada “perjalanan perpaduan” tahunan, ke negara-negara Islam semasa Ramadan.

Semasa berada di ibu kota Mesir, Kaherah, beliau akan berbuka puasa setiap hari dengan pelarian dari Sudan, di mana peperangan antara puak tentera yang bertelagah telah menyebabkan hampir 8.5 juta orang kehilangan tempat tinggal. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >