Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden selar Trump mengenai Russia, Covid-19 dan serangan di Capitol

Mar 08, 2024 | 04:10 PM



WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, menyelar mantan presiden, Encik Donald Trump kerana, menurutnya, tunduk kepada Russia, gagal mengambil berat tentang Covid-19 dan mengabui kejadian serangan bangunan pentadbiran Capitol 2021.


Beliau membidas Encik Trump semasa menyampaikan Ucapan Negara (State of the Union Address) yang terakhirnya sebelum pilihan raya yang akan ditandinginya pada November 2024, di sidang bersama Dewan Perwakilan Rakyat dan Dewan Negara pada 7 Mac (8 Mac, waktu Singapura).

Encik Biden membuka ucapan tahunan itu dengan kritikan langsung terhadap Encik Trump, yang mengundang Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, menyerang negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) yang lain jika mereka tidak berbelanja lebih untuk pertahanan.

“Bekas presiden parti Republikan itu memberitahu Putin, saya tukil, ‘Lakukan apa sahaja anda mahu.’,” kata Encik Biden.

“Saya fikir ini keterlaluan, ia berbahaya dan ia tidak boleh diterima.”

Encik Biden, yang telah mendesak Kongres supaya menyediakan pembiayaan tambahan kepada Ukraine bagi perangnya dengan Russia, juga mempunyai mesej untuk Encik Putin: “Kami tidak akan berdiam diri.”

Presiden daripada parti Demokrat itu menggunakan ucapan tersebut untuk cuba sekali lagi mendapatkan pakej bantuan senjata sebanyak AS$95 bilion ($127 bilion) bagi Ukraine dan Israel, yang disekat oleh Speaker Dewan Rakyat, Encik Mike Johnson, daripada Republikan.

Encik Biden juga membuat perbandingan antara beliau dengan Encik Trump berhubung hak menggugurkan kandungan dan ekonomi dalam ucapannya.

Ucapan tersebut dilihat oleh Demokrat sebagai peluang baik bagi Encik Biden, yang sedang mengalami penerimaan rendah dalam kalangan rakyat Amerika, bercakap terus kepada mereka mengenai visinya tentang penggal kedua presiden yang sedang beliau cuba dapatkan.

Encik Biden turut menuduh Encik Trump cuba menulis semula sejarah tentang rusuhan di bangunan pentadbiran Capitol pada 6 Januari 2021 oleh penyokong mantan presiden itu, yang mahu membatalkan kemenangan Encik Biden pada 2020.

Tinjauan pendapat menunjukkan Encik Biden dan Encik Trump sedang bersaing sengit dalam percubaan mereka menduduki Rumah Putih sekali lagi. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >