Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Trump, Biden dijangka bertembung lagi setelah menang undi ‘Super Tuesday’

Mar 06, 2024 | 02:02 PM



HUNTINGTON BEACH (California)/PALM BEACH (Florida): Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dan mantan presiden, Encik Donald Trump, menguasai perlumbaan pemilihan di seluruh negara pada 5 Mac, sekali gus bakal menyaksikan pertandingan ulangan Biden-Trump yang bersejarah dalam Pilihan Raya Presiden menjelang November.


Encik Trump memenangi undi Parti Republik di 12 negeri – termasuk California dan Texas – mengatasi Cik Nikki Haley, saingan terakhirnya untuk layak ke pencalonan Pilihan Raya Presiden.

Beliau hampir sah menang pencalonan presiden ketiganya berturut-turut, walaupun menghadapi pelbagai tuduhan jenayah.

Dalam ucapan kemenangan yang disampaikan di pekarangan hartanah Mar-A-Lago di Florida, Encik Trump menyerang dasar imigrasi Encik Biden dan menyifatkannya sebagai “presiden terburuk” dalam sejarah.

“Bandar-bandar kita dibanjiri dengan jenayah imigran,” kata Encik Trump, walaupun data jenayah tidak menyokong kenyataan tersebut.

Dalam kenyataannya, Encik Biden pula sekali lagi menggambarkan Encik Trump sebagai ancaman kepada demokrasi Amerika.

“Keputusan malam ini memberi rakyat Amerika pilihan yang jelas: Adakah kita akan terus maju atau kita membenarkan Donald Trump menarik kita ke belakang ke dalam kekacauan, perpecahan dan kegelapan seperti semasa tempoh beliau di pejabat?” kata Encik Biden.

Encik Biden dijangka mengharungi pertandingan Demokrat, walaupun aktivis yang menentang sokongan kuatnya terhadap Israel menyeru umat Islam Amerika dan progresif untuk memberikan undi protes “tanpa komitmen” di Minnesota, seperti yang mereka lakukan sebelum ini di Michigan.

Encik Biden dengan mudah menang di Texas, Arkansas, North Carolina, Virginia, Oklahoma, Tennessee dan Iowa, menurut Edison Research.

Pengundi di 15 negeri dan sebuah wilayah Amerika sedang membuang undi ‘Super Tuesday’ untuk calon presiden dengan pengundian dijadualkan ditutup pada petang sehingga Alaska selesai melakukan pengundian.

Isu-isu imigresen dan ekonomi mencetuskan kekhuatiran para pengundi kedua-dua parti, Republikan dan Demokrat, menurut tinjauan pendapat Edison Research di California, North Carolina dan Virginia.

Majoriti pengundi Republikan di negeri-negeri itu berkata, mereka menyokong pengusiran pendatang tanpa izin.

Encik Trump, yang sering memburuk-burukkan golongan pendatang, telah berjanji untuk melancarkan usaha pengusiran terbesar dalam sejarah Amerika, jika dipilih.

Beliau, yang telah menguasai kempen Republikan walaupun terdapat pelbagai pertuduhan jenayah terhadapnya, telah memenangi semua kecuali satu daripada pertandingan setakat ini.

Walaupun Encik Trump tidak dapat memenangi delegasi yang mencukupi untuk merangkul pencalonan secara rasmi pada 5 Mac, ia telah meningkatkan tekanan ke atas pesaingnya, Cik Haley – mantan duta Amerika ke Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) semasa pemerintahan Encik Trump dan mantan gabenor Carolina Selatan – untuk mengundurkan diri.

Virginia disebut antara negeri yang menurut penasihat Cik Haley menjadi kubu terkuatnya kerana para pengundinya terdiri daripada golongan mewah, berpendidikan kolej yang cenderung menyokongnya, berbanding Encik Trump.

Penasihat Encik Trump pula berkata mereka menjangkakan dapat menyingkirkan Cik Haley selewat-lewatnya pada 19 Mac apabila dua pertiga daripada negeri akan mengundi. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >