Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Biden tarik diri sebagai calon Presiden, beri sokongan kepada Harris

Jul 22, 2024 | 8:07 AM
Presiden Joe Biden (kiri) menggesa Parti Demokrat dan rakyat Amerika memberi sokongan kepada Naib Presiden Kamala Harris sebagai calon presiden untuk pilihan raya yang akan diadakan November ini.
Presiden Joe Biden (kiri) menggesa Parti Demokrat dan rakyat Amerika memberi sokongan kepada Naib Presiden Kamala Harris sebagai calon presiden untuk pilihan raya yang akan diadakan November ini. - Foto fail

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, menarik diri sebagai calon Demokrat dalam Pilihan Raya President akan datang sambil mengesahkan Naib Presidennya, Kamala Harris, sebagai calon parti tersebut.

Presiden Biden berkata ia merupakan satu penghormatan terbesar dalam hidupnya untuk berkhidmat sebagai Presiden Amerika.

“Walaupun saya berhasrat untuk bertanding semula, namun demi kepentingan parti dan negara, saya percaya adalah lebih baik untuk berundur dan menumpukan perhatian kepada tugas sebagai Presiden untuk baki penggal saya,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam platform X, yang dikenali sebagai Twitter sebelum ini.

Encik Biden menawarkan sokongan penuh kepada Cik Harris yang akan menggantikannya sebagai calon presiden dalam pilihan raya yang akan diadakan pada 5 November ini.

“Demokrat sudah tiba masanya untuk bersatu dan menewaskan Trump. Ayuh kita lakukannya bersama,” tambah Encik Biden, sambil menjelaskan beliau akan berucap dengan lebih terperinci mengenai keputusannya kepada negara, akhir minggu ini.

Pencalonannya menjadi tumpuan berikutan prestasi hambarnya dalam perbahasan presiden menentang mantan Presiden, Donald Trump akhir bulan lalu.

Pada Khamis lalu, Encik Trump menerima pencalonan presiden Republikan pada Konvensyen Nasional Republikan (RNC) di Milwaukee, Wisconsin, ketika desakan supaya Encik Biden menarik diri daripada perlumbaan itu semakin meningkat.

Sementara itu, Cik Harris dalam satu kenyataan berkata, beliau berbesar hati mendapat sokongan Biden.

Menurut CNN, rancangan untuk Presiden Biden menarik diri daripada perlumbaan berkenaan sudah dilaksanakan pada malam Sabtu dan dimuktamadkan pada Ahad, 21 Julai.

Encik Biden masih dalam proses pemulihan daripada jangkitan Covie-19 dan sedang berehat di rumahnya di Rehoboth, Delaware.- Agensi Berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg