Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Biden tersasul sebut Harris sebagai Trump dalam sidang media

Jul 12, 2024 | 2:13 PM
Joe Biden
Kempen Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, telah dipertikaikan selama dua minggu, sejak prestasinya yang buruk semasa perdebatan bersama Encik Donald Trump, saingan Republikannya yang berusia 78 tahun. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, mencampuradukkan nama naib presidennya, Cik Kamala Harris, dengan pencabarnya dari Parti Republikan, Encik Donald Trump, dalam satu sidang media pada 11 Julai.

Sesi yang diadakan oleh presiden berusia 81 tahun itu bertujuan meredakan kebimbangan bahawa beliau terlalu tua untuk bertanding untuk pemilihan semula.

“Begini, saya tidak akan memilih naib presiden Trump untuk menjadi naib presiden jika beliau tidak layak menjadi presiden,” kata Encik Biden ketika menjawab soalan daripada Reuters mengenai keyakinannya terhadap Cik Harris.

Itu berlaku beberapa jam selepas Encik Biden tersilap merujuk Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, sebagai “Presiden Putin”.

“Dan sekarang saya mahu menyerahkannya kepada presiden Ukraine, yang mempunyai keberanian yang sama seperti keazamannya yang kuat, tuan-tuan dan puan-puan, Presiden Putin,” kata Encik Biden dalam sidang puncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) di Washington.

“Akan mengalahkan Presiden Putin, Presiden Zelensky. Saya sangat fokus untuk mengalahkan Putin,” kata Encik Biden ketika membetulkan kesilapan tersebut.

Encik Biden menghadapi keraguan yang semakin meningkat daripada penderma, penyokong dan rakan Demokrat, yang bimbang beliau tidak lagi mempunyai keupayaan untuk mengalahkan Encik Trump dalam pilihan raya pada November, atau memimpin negara itu bagi penggal empat tahun lagi.

Kempen Encik Biden telah dipertikaikan selama dua minggu, sejak prestasinya yang buruk semasa perdebatan bersama Encik Trump, yang berusia 78 tahun.

Setakat ini, 13 daripada 213 Demokrat di Dewan Senat dan seorang daripada 51 anggota senat Demokrat telah merayu secara terbuka kepada Encik Biden supaya menarik diri daripada bertanding.

Lebih ramai orang dijangka berbuat demikian kelak.

Pegawai Kesatuan Pekerja United Auto mengadakan pertemuan pada 11 Julai untuk membincangkan kebimbangan mereka terhadap pencalonan Encik Biden, kata tiga sumber yang mengetahui perkara itu.

Kesatuan tersebut mengesahkan pencalonan Encik Biden pada Januari.

Dengan keanggotaan 400,000 orang, kesatuan itu mempunyai pengaruh besar di negeri perindustrian seperti Michigan yang perlu Encik Biden dapatkan sokongan bagi memenangi pemilihan semula. – Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg