Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Biden tonjolkan Amerika sebagai pemimpin untuk tangani perubahan iklim

Nov 13, 2022 | 05:30 AM



SHARM EL-SHEIKH (Mesir): Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dilihat cuba memberikan keyakinan akan kepimpinan Washington dalam sidang puncak menangani perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-27 (COP27)



Beliau menekankan komitmen Amerika untuk menghentikan planet ini daripada pemanasan terburuk, dan hadir di Mesir sebagai presiden yang mengusahakan pelaksanaan undang-undang iklim yang bersejarah, yang menyediakan AS$370 bilion ($507.90 bilion) bagi mempercepat peralihan Washington daripada bahan bakar fosil yang mendukung ekonomi negara itu selama 150 tahun.



Di sidang puncak itu, beliau menarik perhatian mengenai langkah Amerika kembali menuruti perjanjian iklim 2015 Paris selepas pendahulunya, Presiden Donald Trump, menarik keluar negara itu daripada perjanjian tersebut.



"Saya minta maaf kerana kami keluar daripada perjanjian ini," katanya kepada hadirin di persidangan itu.



Ucapan Encik Biden tiba di pertengahan sidang puncak selama dua minggu itu, dari 6 hingga 18 November, yang memberi tumpuan tetapi tidak sepenuhnya terhadap usaha mengurangkan pencemaran yang mendorong perubahan iklim, tetapi tentang, bagaimana negara-negara perindustrian berhutang dengan negara-negara miskin yang masih terkapai-kapai dalam berdepan bencana alam yang mana mereka kurang bersedia menanganinya.



Buat pertama kalinya, idea memperbetul iklim, dikenali dalam lingkungan diplomatik sebagai "kerugian dan kerosakan", berada dalam agenda rasmi perbincangan iklim PBB.



Selama bertahun-tahun, Amerika dan negara-negara kaya lain menghalang gesaan bagi pembiayaan untuk kerugian dan kerosakan, bimbang ia akan mendedahkan mereka kepada kebertanggungjawaban tanpa had.



Sebelum ini, laporan PBB mendedahkan bahawa negara membangun dan sedang membangun - tidak termasuk China - memerlukan pelaburan lebih AS$2 trilion setiap tahun menjelang 2030, jika dunia mahu menghentikan ancaman pemanasan global yang kian serius serta menangani kesannya.



Daripada jumlah tersebut, AS$1 trilion terbabit patut datang daripada negara kaya, pelabur dan bank pembangunan pelbagai hala.



Menurut Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP) PBB, Encik David Beasley, terdapat sekurang-kurangnya 345 juta individu menuju ke arah kebuluran kerana konflik dan kejutan iklim.



"Harapan saya daripada COP ini adalah pemimpin di seluruh dunia bukan sahaja akan bercakap tetapi ambil tindakan, kerana kita mempunyai berjuta-juta orang yang menghadapi masalah serius sekarang kerana kejutan iklim di seluruh dunia," katanya. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >