Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Netizen keliru lihat perempuan dan lelaki solat berjemaah dalam satu saf

Bila ‘transgender’ dirikan solat jemaah

Oct 05, 2023 | 11:59 AM



Video sekumpulan jemaah mendirikan solat bersama mendatangkan kekeliruan dan reaksi kurang senang kerana sekali pandang, kelihatan saf jemaah itu terdiri daripada kaum Adam dan kaum Hawa yang bertudung lingkup.

Menyentuh tentang video yang telah tular itu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat keterangan di akaun Facebook and Instagram mereka dan mengesahkan video itu diyakini dirakam oleh peserta Kem Ibadah Nusantara di Cameron Highlands, Pahang dan para jemaah sebenarnya terdiri dari kaum Adam dari golongan transgender yang hadir secara sukarela.

Kem itu bertujuan membantu mendidik dan membetulkan cara hidup kaum transgender yang sudah berhijrah atau dalam proses berhijrah. Kekeliruan berlaku kerana ada di kalangan mereka yang masih mirip rupanya dan penampilan pakaian masih seperti wanita.

Sewaktu bersolat jemaah, saf yang terdiri dari ‘perempuan bertudung’ dan lelaki itu sebenarnya dikira lelaki mengikut jantina asal, kata Jakim dalam keterangan itu.

Kem Ibadah itu turut dianjurkan dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa, Persatuan Insaf Pahang (NGO Komuniti Hijrah LGBT) dan beberapa agensi lain.

Satu komen yang datangnya dari netizen yang hanya dikenali sebagai Cik Noorhazlina berkata :

“Betul-betul membawa fitnah lebih-lebih lagi tak baca habis atau gambar dan kapsyen tular.”

Seorang lagi netizen yang dikenali sebagai Encik Faisal Mansor pula menambah :

“Yang Abang baju purple tu pun, kalau ye pun, bukalah dulu tudung, janganlah solehah sangat.”


Rata-rata ramai yang menyokong usaha murni ini, seperti pengkikut IG @johnfairuzzi. Katanya : “Tahniah badan yang bertanggungjawab membantu golongan tersebut kembali pada fitrah. Semoga usaha yang berterusan menjadi ikutan mana-mana badan pertubuhan lain untuk membantu insha Allah. Semoga Allah membuka pintu hidayah kita semua untuk lebih taat beribadah kepadaNya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >