Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

AS bincang bantu pertahanan Ukraine

Apr 27, 2022 | 05:30 AM



JERMAN: Amerika Syarikat (AS) dijangka mengadakan pertemuan bersama lebih 40 negara semalam, bagi membincangkan usaha membantu pertahanan Ukraine berdepan serangan Russia di kawasan timur negara itu.



Menurut Setiausaha Pertahanan AS, Encik Lloyd Austin, pertemuan itu akan diadakan di Pangkalan Udara Ramstein di Jerman, selepas melakukan lawatan rasmi ke Kyiv yang menyaksikan beliau menyuarakan janji untuk memberi bantuan ketenteraan tambahan kepada Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelenskiy.



Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Tentera AS, Encik Mark Milley, berkata matlamat rundingan itu terarah kepada usaha menyelaras dan menyeragamkan bantuan keselamatan kepada Kyiv, termasuk bekalan senjata berat seperti meriam howitzer, dron dan peluru.



"Beberapa minggu akan datang akan menjadi amat kritikal. Mereka perlukan sokongan berterusan demi menjamin kejayaan di medan peperangan dan inilah tujuan rundingan ini diadakan," katanya.



Selepas gagal dalam pertempuran dengan tentera Ukraine di bahagian utara Kyiv, Moscow mengatur serangan dengan menyusun semula penempatan tenteranya di bahagian timur bagi melancarkan serangan darat di dua wilayah dikenali sebagai Donbas.



Pegawai AS yang enggan namanya disiarkan berkata Russia dijangka meletakkan kebergantungan terhadap serangan darat menggunakan meriam, demi menyekat kedudukan tentera Ukraine.



Bagaimanapun, AS mengunjurkan bahawa kekuatan tentera Russia kini berdepan penyusutan ketara, dengan sesetengah bahagian mengalami pengurangan anggota menjangkau 30 peratus - suatu paras yang dianggap tentera AS sebagai terlalu sukar untuk terus berjuang.



Bercakap kepada pemberita selepas lawatan ke Ukraine, Encik Austin, berkata:



"Mereka boleh menang jika mempunyai peralatan dan bantuan mencukupi".



Rundingan di pangkalan udara dekat barat daya Frankfurt itu dijangka diadakan selepas beberapa bulan bergelut dengan kemasukan pelarian Afghanistan berikutan rampasan kuasa didalangi Taleban di negara terbabit pada musim panas lalu.



Pada Sabtu lalu, Presiden Zelensky sekali lagi menggesa untuk bertemu dengan pemimpin Russia, Encik Vladimir Putin, sebagai usaha untuk menamatkan perang.



"Saya fikir sesiapa yang memulakan perang ini akan dapat menamatkannya," kata beliau pada sidang akhbar di sebuah stesen metro di tengah ibu negara Ukraine.



Encik Zelensky berkata beliau tidak takut untuk bertemu Encik Putin jika ia akan membawa kepada perjanjian damai antara Russia dengan Ukraine.



"Sejak awal, saya bertegas untuk mengadakan perbincangan dengan Presiden Russia.



"Ia bukan kerana saya mahu (bertemu beliau), tetapi saya perlu berjumpa dengannya untuk menyelesaikan konflik ini dengan cara diplomatik.



"Kami mempunyai keyakinan terhadap rakan kami, namun tidak terhadap Russia," katanya. - Reuters, AFP.




"Beberapa minggu akan datang akan menjadi amat kritikal. Mereka perlukan sokongan berterusan demi menjamin kejayaan di medan peperangan dan inilah tujuan rundingan ini diadakan."
- Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Tentera AS, Encik Mark Milley.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >