Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Blinken akan ke Beijing untuk pulih hubungan peringkat tinggi

Jun 7, 2023 | 5:17 PM
KUNJUNGAN KE CHINA:  Encik Blinken bersiap melawat China bagi memulihkan hubungan antara Washington dengan Beijing yang sering tergugat kebelakangan ini.
KUNJUNGAN KE CHINA: Encik Blinken bersiap melawat China bagi memulihkan hubungan antara Washington dengan Beijing yang sering tergugat kebelakangan ini. - Foto REUTERS

WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, merancang berkunjung ke China dalam tempoh beberapa minggu ini untuk mengadakan rundingan dengan pegawai tinggi, mungkin termasuk Presiden Xi Jinping, dalam usaha memulihkan komunikasi peringkat tinggi, sekalipun ketegangan antara kedua-dua negara itu masih berterusan.

Encik Blinken mulanya merancang melawat Beijing pada Februari lalu, tetapi membatalkannya selepas Amerika mendapati China melepaskan belon pengintip di ruang angkasa Amerika.

Bagaimanapun, masa lawatan itu belum lagi ditetapkan, menurut mereka yang mengetahui tentang perkara itu.

Seorang jurucakap Jabatan Negara berkata, pihaknya tidak membuat sebarang pengumuman mengenai lawatan itu, dan Encik Blinken, yang sebelum ini telah membatalkan rancangan lawatannya, akan mendedahkannya apabila keadaan membenarkan.

Sekiranya lawatan itu menjadi kenyataan, ia adalah sebahagian daripada usaha Presiden Joe Biden memulihkan hubungan yang terganggu, berikutan ketegangan ketenteraan, langkah sekatan ekonomi dan saling mendakwa yang menggugat kestabilan dunia.

Pada Isnin, jurucakap Majlis Keselamatan Kebangsaan, Encik John Kirby, memberi amaran bahawa China “semakin agresif” setelah berlaku insiden pemintasan kapal perang Amerika dan pesawat peninjaunya.

“Hanya menunggu masa saja, ada pihak yang tersinggung,” katanya.

Jurucakap Kementerian Luar China, Encik Wang Wenbin, membalas dengan mengatakan bahawa Amerika “ mengirim kapal perangnya ke separuh dunia hingga di hadapan pintu China secara provokatif.”

Pada masa yang sama, Encik Kirby pula berkata kedua-dua pihak membuat kemajuan bagi membuka saluran baru bagi lawatan anggota kabinet Amerika.

Walaupun China menolak usaha Amerika mengatur pertemuan antara menteri pertahanan kedua-dua negara di forum yang berlangsung di Singapura minggu lalu, hubungan peringkat tinggi dalam bidang lain sudah dipulihkan.

Encik Daniel Kritenbrink, seorang pegawai tinggi di Jabatan Negara Amerika bagi ehwal Asia, telah mengadakan perbincangan “berterus-terang” dengan para pegawai China pada Isnin.

Kunjungannya itu disusuli oleh pengarah Agensi Risek Pusat Amerika, Encik William Burns, pada Mei, sementara pegawai tinggi perniagaan dan perdagangan telah juga mengadakan pertemuan baru-baru ini. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg