Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Blinken beri amaran Ukraine alami kesulitan tanpa bantuan AS

Jan 30, 2024 | 02:17 PM



WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, memberi amaran kejayaan Ukraine dalam pertempuran selama dua tahun tidak akan bermakna tanpa pembiayaan baru bantuan perang Amerika Syarikat.


Puluhan bilion dolar bantuan Amerika telah dihantar ke Ukraine sejak pencerobohan Russia pada Februari 2022, tetapi penggubal undang-undang Republikan semakin keberatan untuk terus menyokong Kyiv.

Mereka mengatakan tidak ada huraian yang jelas apabila pertempuran menentang tentera Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, berterusan.

Semasa Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato), Encik Jens Stoltenberg, menyuarakan perkara itu dalam lawatan ke Washington, Encik Blinken menawarkan gambaran yang semakin mengerikan, tentang prospek Ukraine tanpa kelulusan Amerika yang dikatakan sebagai pembiayaan tambahan.

“Tanpa itu, secara ringkasnya, segala yang dicapai oleh rakyat Ukraine dan yang telah kami bantu mereka selama ini, berada dalam bahaya,” kata Encik Blinken pada sidang akhbar bersama dengan Encik Stoltenberg.

Presiden Joe Biden telah meminta Kongres meluluskan peruntukan AS$61 bilion ($81.73 bilion), sebagai bantuan baru kepada Ukraine.

Tetapi rundingan itu terhenti apabila penggubal undang-undang Republikan tidak senang dengan aliran pendatang di sempadan Amerika dengan Mexico.

Mereka menuntut perubahan besar dalam dasar imigresen dan dasar kawalan sempadan, sebagai pertukaran untuk meluluskan lebih banyak bantuan kepada Ukraine.

Encik Stoltenberg berkata beliau akan bertemu penggubal undang-undang Amerika pada 30 Januari dan menjelaskan bahawa sokongan untuk Ukraine adalah “demi kepentingan keselamatan kami sendiri.”

“Ia akan menjadi tragedi bagi rakyat Ukraine jika Presiden Putin menang. Tetapi ia juga akan menjadikan dunia lebih berbahaya dan kita semua lebih tidak selamat,” kata Encik Stoltenberg.

“Ia akan menggalakkan pemimpin autoritarian lain – bukan sahaja Presiden Putin, tetapi juga Korea Utara, Iran dan China untuk menggunakan kekerasan,” katanya.

Dengan ramai Republikan menumpukan pada menentang China, Encik Stoltenberg berkata: “Hari ini ia adalah Ukraine; esok mungkin Taiwan.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >