Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Rundingan bebaskan tebusan Israel positif: Sumber

Dec 20, 2023 | 02:29 PM



DUBAI: Pertemuan Perdana Menteri Qatar dengan ketua agensi perisik Mossad Israel dan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat di Warsaw mengenai tebusan yang ditahan Hamas adalah positif tetapi tidak ada perjanjian yang dimuktamadkan, menurut sumber yang diberi taklimat tentang usaha diplomatik itu.


Mereka bertemu pada 18 Disember di ibu negara Poland untuk membincangkan perjanjian baru yang berpotensi untuk pembebasan tebusan Israel yang ditahan oleh Hamas di Gaza sebagai pertukaran tahanan Palestin di penjara Israel dan gencatan kemanusiaan dalam pertempuran.

“Rundingan itu positif dengan perunding meneroka dan membincangkan cadangan berbeza dalam usaha untuk meneruskan rundingan,” kata sumber itu.

“Persetujuan tidak dijangka dengan segera”.

Pejabat perdana menteri Israel enggan mengulas. Tiada komen segera daripada CIA.

Rundingan antara Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al Thani, dengan Pengarah Mossad, Encik David Barnea dan Pengarah CIA, Encik Bill Burns, diadakan menyusuli pertemuan antara ketiga-tiga mereka di Eropah minggu lalu.

Qatar berkata bahawa ia sedang berusaha membaiki perjanjian gencatan kemanusiaan yang berakhir bulan lalu dan mendesak penamatan menyeluruh perang yang telah berlangsung lebih dua bulan.

Qatar dan Mesir adalah pengantara antara Israel dengan Hamas dalam perjanjian yang membawa kepada gencatan kemanusiaan selama seminggu pada akhir November.

Di bawah perjanjian itu, Hamas membebaskan lebih daripada 100 wanita, kanak-kanak dan warga asing yang ditahannya dalam serangan di selatan Israel pada 7 Oktober.

Serangan Hamas itu telah mengakibatkan lebih 1,200 orang terbunuh.

Israel yang melancarkan tindakan balas berterusan ke atas Gaza menerusi pengeboman udara dan serangan darat, telah mengakibatkan lebih 19,000 rakyat Palestin terbunuh dan lagi 50,000 cedera.

Sebagai pertukaran perjanjian itu, Israel telah membebaskan 240 wanita dan remaja Palestin yang dipenjarakan atas pelbagai kesalahan.

Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, sebelum ini telah dipetik sebagai menyatakan bahawa rundingan baru sedang dijalankan untuk membebaskan tebusan yang masih ditahan oleh Hamas di Gaza.

Dalam sidang akhbar yang disiarkan menerusi televisyen pada 16 Disember, beliau berkata bahawa negaranya akan berjuang habis-habisan bagi meraih kemenangan.

Menurutnya, di sebalik tekanan dan kos, Israel tetap bertekad untuk memusnahkan Hamas dan Gaza akan diletakkan di bawah kawalan keselamatan Israel. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >