Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Blinken tiba di China di sebalik harapan baiki hubungan

Jangkaan lawatan akan buka jalan kepada lebih banyak mesyuarat dua hala dalam beberapa bulan akan datang
Jun 18, 2023 | 12:49 PM



BEIJING: Setiausaha Negara, Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, tiba di Beijing pada Ahad – diplomat tertinggi Amerika yang pertama melawat China dalam tempoh lima tahun.


Kunjungan itu berlaku di tengah-tengah hubungan dua hala yang dingin dan prospek malap bagi mencapai sebarang kejayaan dalam senarai panjang pertikaian antara dua ekonomi terbesar dunia itu.

Setelah menangguhkan lawatan Februari selepas belon pengintip China yang disyaki terbang melintasi ruang udara Amerika, Encik Blinken ialah pegawai tertinggi pentadbiran Amerika yang melawat China sejak Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden memegang jawatan pada Januari 2021.

Dalam lawatan sehingga Isnin, beliau bertemu Menteri Luar China, Encik Qin Gang; diplomat tertinggi China, Encik Wang Yi; dan mungkin Presiden Encik Xi Jinping, dalam usaha mewujudkan saluran komunikasi terbuka dan berkekalan demi memastikan persaingan strategik antara kedua-dua negara tidak berlarutan menjadi konflik.

Terdapat jangkaan lawatan Encik Blinken akan membuka jalan kepada lebih banyak mesyuarat dua hala dalam beberapa bulan akan datang.

Ia termasuk kemungkinan lawatan oleh Setiausaha Perbendaharaan, Cik Janet Yellen dan Setiausaha Perdagangan, Cik Gina Raimondo. Di samping itu, ia juga boleh membuka pertemuan antara Encik Xi dan Encik Biden di sidang puncak pelbagai hala pada akhir tahun ini.

Encik Biden berkata pada Sabtu beliau berharap dapat bertemu dengan Presiden Xi dalam beberapa bulan akan datang.

Pertemuan November kedua-dua pemimpin di pulau Bali, Indonesia meredakan kebimbangan Perang Dingin baru.

Namun, berikutan penerbangan belon pengintip China ke atas Amerika, komunikasi peringkat tinggi jarang berlaku.

Dunia sedang meneliti lawatan Encik Blinken kerana sebarang pergeseran antara kuasa besar boleh memberi kesan di seluruh dunia – daripada pasaran kewangan kepada laluan dan amalan perdagangan serta rantaian bekalan sejagat.

“Terdapat pengiktirafan di kedua-dua pihak bahawa kita perlu ada saluran komunikasi peringkat kanan,” kata seorang pegawai kanan Jabatan Negara kepada pemberita semasa berhenti mengisi minyak di Tokyo dalam perjalanan ke Beijing.

Hubungan antara negara-negara itu telah merosot secara menyeluruh.

Ini sekali gus menimbulkan kebimbangan suatu hari nanti mereka mungkin bertempur melibatkan tentera berhubung isu Taiwan.   

Mereka turut berselisih berhubung isu seperti perdagangan, usaha Amerika menahan industri semikonduktor China dan rekod prestasi hak asasi manusia Beijing. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >