Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

BN diberi peluang tanding beberapa kerusi ‘milik’ PH

Jul 22, 2023 | 2:00 PM
TUNJUK KEYAKINAN: Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau yakin kerjasama dengan Pakatan Harapan akan melahirkan kesudahan yang diingini.
TUNJUK KEYAKINAN: Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau yakin kerjasama dengan Pakatan Harapan akan melahirkan kesudahan yang diingini. - Foto FACEBOOK BARISAN NASIONAL

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) akan menandingi 108 kerusi dalam enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung 12 Ogos nanti.

Ini selepas Pakatan Harapan (PH) menyerahkan beberapa kerusi kepada perikatan parti yang bersama PH membentuk kerajaan federal itu.

Antaranya, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Sungai Acheh milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) – parti komponen PH – di Pulau PInang yang dirampas daripada Umno dan Barisan Nasional pada 2018.

Namun, penyandang Adun Sungai Achech, Encik Zulkifli Ibrahim menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 2020.

Perkara itu diumumkan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang juga Timbalan Perdana Menteri, pada Majlis Pengumuman Calon BN PRN ke-15 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur pada Jumaat. 

Datuk Ahmad Zahid berkata, 63 peratus calon yang dipertandingkan dalam enam PRN kali ini adalah muka baru.

“BN akan letakkan 108 calon, daripada jumlah tersebut 63 peratus calon muka baru, 18 peratus penyandang sedia,” katanya ketika berucap.

“Dengan menampilkan ramai muka baru dengan kelayakan akademik serta kalangan professional, BN menawarkan wajah-wajah segar yang Insya- Allah mampu menggalas amanah dan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

“Malah, barisan yang kita tampilkan adalah daripada kalangan yang memahami aspirasi Kerajaan Perpaduan untuk memastikan kestabilan politik dapat dipertahankan,” kata Datuk Ahmad Zahid lagi.

Turut hadir di majlis itu ialah Timbalan Pengerusi BN, Datuk Mohamad Hasan serta Setiausaha Agung BN, Datuk Zambry Kadir.

Senarai nama calon-calon BN yang bertanding dalam enam PRN diumumkan Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Buat julung-julung kali, PRN ini akan menampilkan BN yang bertanding melalui kerjasama yang dijalankan bersama PH. 

Datuk Ahmad Zahid berkata, meskipun prestasi BN agak muram pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, namun beliau yakin BN berpeluang lebih baik untuk berjaya dalam PRN.

Beliau juga mengingatkan jentera BN supaya tidak memfitnah serta mencaci pihak lawan ketika berkempen.

“Walaupun prestasi kita pada PRU ke-14 dan ke-15 lalu agak muram, saya yakin bersama dengan rakan-rakan politik Kerajaan Perpaduan, kita memiliki kelebihan kerana rangkaian sokongan kita semakin berkembang.

Menambah, beliau berkata BN berharap perkongsian ini boleh mempertingkat parti, walau jumlah kerusi yang ditandingi berkurangan berbanding dahulu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg