Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

‘BN tiada pengaruh di bandar’ : Ketua PAS

Sep 25, 2023 | 02:37 PM



KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, mendakwa Barisan Nasional (BN) sudah hilang pengaruh dan kuasa di bandar utama, khususnya di negeri berkenaan.


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, merasakan tidak logik apabila rakyat menaruh keyakinan dan kepercayaan kepada Perikatan Nasional (PN) yang bukan pentadbir negeri berkenaan, sedang mereka boleh saja mengundi calon parti kerajaan bagi meneruskan kesinambungan agenda pembangunan di kawasan terbabit.

Menurut Timbalan Presiden PAS itu, tindakan yang dipertontonkan oleh pengundi adalah manifestasi atau bukti jelas bahawa rakyat menolak BN.

Tambahnya, situasi itu boleh dilihat apabila beberapa bandar utama di Pahang, antaranya Kuantan, Temerloh dan Jerantut dikuasai PN, bukannya BN.


“Hari ini tuan-tuan cuba tengok bandar-bandar besar, semua pembangkang menang. BN sudah hilang pengaruh, sudah hilang kuasa di bandar-bandar utama. Bandar Kuantan pun PN menang. Temerloh PN menang. Mana lagi? Jerantut pun PN menang walhal kawasan bandar ini tempat pembangunan.

“Sepatutnya kalau kita fikir logik, bandar besar ini sepatutnya (parti) kerajaanlah yang menang sebab pengundi nak pembangunan. (Sebaliknya) Tidak (berlaku begitu). Ini kerana, orang bandar, mereka tak (boleh) terima parti BN tuan-tuan. Dia (BN kena) tolak dah,” katanya, lapor akhbar Berita Harian Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada kempen Ceramah Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai di Felda Chemomoi, Pahang, Ahad lalu.

Mengemukakan contoh lain sebagai bukti PN semakin mendapat sokongan, Datuk Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen (AP) Kubang Kerian berkata boleh dilihat rekod pencapaian tiga menteri besar negeri ditadbir PAS dengan dua menteri besar dan seorang ketua menteri besar di negeri dikuasai Pakatan Harapan (PH).

Beliau berkata undi majoriti diraih ketiga-tiga menteri besar dari PAS meningkat dengan jumlah banyak jika dibandingkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), PRU15 dan pilihan raya negeri yang baru berlalu.

Manakala dua menteri besar dan seorang ketua menteri dari PH mengalami kemerosotan dari segi undi majoriti.

Menerusi data, Tuan Ibrahim berkata ia menunjukkan bagaimana sokongan rakyat tidak berbelah bahagi kepada PN iaitu gabungan antara PAS dan Bersatu sehingga meraih peningkatan mendadak sokongan menerusi undi pada pilihan raya lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >