Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

PH-BN, PN umum calon Pilihan Raya Kecil Pelangai

Sep 21, 2023 | 03:15 PM



KUALA LUMPUR: Dua calon yang menjadi pertaruhan dua gabungan politik dominan di Malaysia untuk merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Pahang, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) pada 7 Oktober 2023, telah diumumkan.


Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) menamakan Ahli Jawatankuasa Umno Bentong, Datuk Amizar Abu Adam, sebagai calonnya, manakala kumpulan pembangkang, Perikatan Nasional (PN) mengumumkan bekas guru, Encik Kasim Samat, sebagai calon.

Nama kededua mereka diumumkan dalam majlis pengumuman calon oleh kededua gabungan politik itu di Pelangai pada Rabu malam.

Pengerusi BN Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata pemilihan Datuk Amizar dibuat selepas perbincangan dan persetujuan bersama Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Jadi saya harap, bagi rakan yang disebut (sebagai calon) tetapi tak tersenarai, tidak merajuk atau bercuti. Kita sebagai orang parti, tolonglah kawan kita ini (Datuk Amizar) untuk menang di Pelangai.

“Ahli Umno ada 3,040 orang di Pelangai, jadi saya harap kita kerja keras, dapat keluarkan sekurang-kurangnya 90 peratus ahli keluar mengundi supaya calon kita boleh menang dengan cemerlang,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian Malaysia (BHM).


Datuk Amizar, 53 tahun, pernah bertanding bagi kerusi DUN Ketari pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), tetapi tewas kepada calon PH, Encik Su Keong Siong.

Timbalan Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, pula menyatakan pemilihan semula Encik Kasim yang juga Naib Yang Dipertua PAS Bentong, disepakati semua parti komponen PN.

Encik Kasim, 62 tahun, atau lebih dikenali sebagai sebagai Cikgu Kasim, pernah bertanding di DUN Pelangai pada PRU15, namun tewas kepada Allahyarham Datuk Seri Johari Harun daripada BN, yang menang dengan majoriti 4,048 undi.

PRK DUN Pelangai diadakan selepas penyandangnya, Allahyarham Datuk Johari, terkorban dalam nahas pesawat  penumpang Beechcraft, terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor, pada 17 Ogos 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >