Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bogor ambil tindakan tegas kelab malam beroperasi semasa Ramadan

Mar 19, 2025 | 11:31 AM
Pemerintah Kota Bogor telah menutup sementara sebuah kelab malam yang masih beroperasi pada bulan suci Ramadan.
Pemerintah Kota Bogor telah menutup sementara sebuah kelab malam yang masih beroperasi pada bulan suci Ramadan. - Foto Pemerintah Kota Bogor

BOGOR: Pemerintah Kota Bogor mengambil tindakan tegas terhadap dua tempat hiburan malam yang didapati beroperasi pada bulan Ramadan, sekali gus melanggar peraturan yang telah ditetapkan bagi menghormati bulan suci umat Islam.

Operasi penyitaan dilakukan lewat malam Ahad, 17 Mac, oleh pasukan gabungan yang terdiri daripada anggota Polis Penguat Kuasa Tempatan Pamong Praja (Satpol PP), Polis Kota Bogor, dan wakil daripada Jabatan Pelancongan dan Kebudayaan.

Tempat hiburan yang terletak di kawasan Bogor Tengah dan Bogor Selatan itu didapati beroperasi secara haram dan melanggar Peraturan Wali Kota Tahun 2020 yang mengatur waktu operasi tempat hiburan semasa Ramadan.

Dalam operasi tersebut, pihak berkuasa berjaya menyita sebanyak 353 botol minuman keras pelbagai jenama dari dua lokasi berbeza iaitu di Bogor Selatan dan Bogor Barat.
Tindakan ini merupakan susulan kepada pelaksanaan ketertiban umum dan ketenteraman masyarakat terhadap gangguan selama bulan Ramadan di Kota Bogor.

Wali Kota Bogor, Encik Dedie A. Rachim berkata: “Kami menekankan bahawa semua pihak dan entiti perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan wajib menjaga ketertiban, ketenteraman serta mencipta suasana kondusif sepanjang bulan Ramadan,” kata Encik Dedie dalam kenyataan bertulis.

Beliau turut menjelaskan bahawa semua aktiviti tempat hiburan malam, karaoke, pusat nyanyian, pusat urut dan sejenisnya dilarang beroperasi sepanjang Ramadan. Sebaliknya, restoran, warung makan dan usaha seumpamanya dibenarkan beroperasi pada siang hari, dengan syarat menutup ruang makan menggunakan tirai sebagai tanda hormat kepada umat Islam yang berpuasa.

“Langkah ini bukan sekadar penguatkuasaan, tetapi juga untuk menjaga kesucian bulan Ramadan dan memberi ruang kepada umat Islam untuk beribadah dengan aman,” kata Wakil Wali Kota Bogor Encik Jenal Mutaqin mengakhiri kenyataan. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg