Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Brazil kritik ‘kelumpuhan’ PBB tangani konflik Gaza dalam mesyuarat G20

Feb 22, 2024 | 01:51 PM



RIO DE JANEIRO: Brazil mengkritik ‘kelumpuhan’ Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung peperangan di Gaza dan Ukraine ketika ia merasmikan sidang puncak Kumpulan Negara G20 (G20) pada 21 Februari.


Kemajuan kelihatan suram dalam konflik dan krisis yang mencengkam dunia kini apabila menteri luar ekonomi terbesar dunia berkumpul di Rio de Janeiro untuk mesyuarat peringkat tinggi pertama G20 pada 2024.

Membuka mesyuarat dua hari itu, yang menampilkan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken dan Menteri Luar Russia, Encik Sergei Lavrov, diplomat tertinggi Brazil, Encik Mauro Vieira, berkata ledakan konflik sejagat menunjukkan institusi antarabangsa seperti PBB tidak berfungsi.

“Institusi pelbagai hala tidak dilengkapi dengan baik untuk menangani cabaran semasa, seperti yang telah ditunjukkan oleh kelumpuhan Majlis Keselamatan dalam menangani konflik yang sedang berlaku di Gaza dan Ukraine,” kata Encik Vieira, sambil menambah keadaan itu mengorbankan “nyawa yang tidak berdosa”.

Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah, Encik Josep Borrell, pula memberi amaran tentang multilateralisme “dalam krisis”.

Majlis Keselamatan gagal bertindak ke atas pencerobohan Russia ke atas Ukraine.

Ia ditahan oleh kuasa veto Russia, dan bergelut untuk memberi tindak balas terhadap perang di Gaza, dengan sekutu Israel, Amerika menggunakan kuasa veto untuk menyekat gesaan bagi gencatan senjata.

Brazil, yang mengambil alih jawatan presiden G20 secara bergilir dari India pada Disember, telah menyuarakan harapan agar kumpulan itu menjadi forum untuk mencatat kemajuan dalam persoalan sedemikian.

Tetapi itu mungkin menimbulkan kesan apabila Presiden Brazil, Encik Lula da Silva, mencetuskan ribut diplomatik pada 18 Februari dengan menuduh Israel “terlibat dalam pembunuhan beramai-ramai”, membandingkan kempen ketenteraannya di Jaluran Gaza dengan Holocaust iaitu pembunuhan beramai-ramai oleh tentera Nazi.

Komen tersebut menimbulkan kemarahan Israel, yang mengisytiharkan beliau sebagai persona non grata atau orang yang tidak dialu-alukan, dan boleh membayangi sebarang usaha untuk meredakan konflik melalui G20.

Encik Blinken, yang bertemu Encik Lula pada 21 Februari di Brasilia sebelum menuju ke G20, menjelaskan bahawa Amerika tidak bersetuju dengan komen Brazil membandingkan tindakan Israel di Gaza dengan Holocaust.

Setiausaha negara dan pemimpin Brazil mengadakan “perbincangan terus terang” dalam pertemuan lebih 90 minit di istana presiden, kata pegawai itu.

Lebih empat bulan selepas perang Gaza meletus ekoran serangan kumpulan Hamas pada 7 Oktober ke atas Israel, terdapat sedikit tanda kemajuan ke arah mencapai keamanan.

Pandangan yang sama suram terhadap perang Russia di Ukraine, turut menyaksikan anggota G20 berbelah bahagi.

Walaupun desakan oleh negara Barat untuk mengecam pencerobohan itu, sidang puncak terakhir G20 berakhir dengan kenyataan lemah yang mengecam penggunaan kekerasan tetapi tidak menamakan Russia secara jelas.

Britain mengumumkan pada 21 Februari bahawa ia mengenakan sekatan ke atas enam pegawai Russia atas kematian pemimpin pembangkang, Encik Alexei Navalny di penjara minggu lalu.

Setiausaha Luar United Kingdom, Encik David Cameron, berkata beliau merancang untuk menggunakan mesyuarat Rio untuk “mengecam pencerobohan Russia” secara langsung kepada Encik Lavrov. – AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >