Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Britain beri amaran kemungkinan serangan pengganas di Sweden

Aug 14, 2023 | 02:44 PM



LONDON: Britain pada Ahad memberi amaran kepada rakyatnya yang berkunjung ke Sweden tentang kemungkinan serangan pengganas berikutan tindakan membakar Al-Quran oleh aktivis anti-Islam yang telah menimbulkan kemarahan umat Islam.


Dalam nasihat perjalanan yang dikemas kini, Kementerian Luar Britain berkata bahawa pihak berkuasa Sweden telah berjaya mematahkan beberapa serangan yang dirancang dan membuat penahanan.

“Anda harus berwaspada pada masa ini,” katanya, sambil menambah bahawa “pengganas berkemungkinan besar akan mencuba dan melakukan serangan di Sweden” dengan tempat-tempat yang dikunjungi warga asing berpotensi menjadi sasaran.

Dalam satu kenyataan yang mengiktiraf nasihat perjalanan Britain itu, Penasihat Keselamatan Sweden, Encik Henrik Landerholm, mengulangi kenyataannya bahawa terdapat peningkatan ancaman terhadap Sweden sejak kejadian membakar Al-Quran.

Beliau berkata serbuan ke atas kedutaan Sweden di Iraq pada 19 Julai, percubaan serangan ke atas kedutaannya di Lebanon pada 9 Ogos, dan juga kejadian penembakan pada 1 Ogos ke atas seorang pekerja di konsulat Sweden di Turkey menyumbang kepada penilaian risiko.

Pembakaran Al-Quran dibenarkan di Sweden di bawah peraturan kebebasan bersuara, tetapi umat Islam melihat pembakaran kitab suci mereka sebagai perbuatan menghina Islam.

Pemerintah Amerika Syarikat juga telah mengeluarkan amaran tentang kemungkinan serangan pengganas di Sweden dalam nasihat perjalanannya.

Denmark dan Sweden telah menyaksikan beberapa tunjuk perasaan dalam beberapa minggu kebelakangan ini ekoran kejadian naskhah Al-Quran dibakar atau dirosakkan.

Ia menyebabkan kemarahan di negara-negara Islam dan menuntut pemerintah kedua-dua negara menghentikan perbuatan tersebut.

Dalam reaksinya baru-baru ini, pemerintah Denmark berkata bahawa ia akan berusaha untuk mencari “kaedah undang-undang” yang membolehkan pihak berkuasa campur tangan dalam protes sedemikian, jika ia dianggap membawa “akibat negatif yang ketara terhadap Denmark dan juga dari segi keselamatan”.


“Hakikat bahawa kami memberi isyarat di Denmark dan di luar negara bahawa kami sedang mengusahakannya dengan tujuan mengurangkan masalah yang kami hadapi,” kata Menteri Luar Denmark, Encik Lars Lokke Rasmussen kepada wartawan selepas pertemuan dengan penceramah dasar luar Parlimen baru-baru ini. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >