Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sweden dan Denmark kaji cara reda ketegangan susuli kian banyak Al-Quran dibakar

Aug 01, 2023 | 03:30 PM



COPENHAGEN/STOCKHOLM: Lebih banyak pembakaran Al-Quran berlaku di Sweden dan Denmark pada Isnin ketika pemerintah kedua-dua negara Nordik sedang mengkaji cara untuk mengehadkan tindakan sedemikian secara sah dalam usaha meredakan ketegangan yang semakin memuncak dengan beberapa negara Islam.


Denmark dan Sweden telah menyaksikan beberapa tunjuk perasaan dalam beberapa minggu kebelakangan ini di mana naskhah Al-Quran dibakar atau dirosakkan.

Ia menyebabkan kemarahan di negara-negara Islam dan menuntut pemerintah kedua-dua negara menghentikan perbuatan tersebut.

Pemerintah Denmark berkata pada Ahad bahawa ia akan berusaha untuk mencari “kaedah undang-undang” yang membolehkan pihak berkuasa campur tangan dalam protes sedemikian, jika ia dianggap membawa “akibat negatif yang ketara terhadap Denmark dan juga dari segi keselamatan”.

“Hakikat bahawa kami memberi isyarat di Denmark dan di luar negara bahawa kami sedang mengusahakannya dengan tujuan mengurangkan masalah yang kami hadapi,” kata Menteri Luar Denmark, Encik Lars Lokke Rasmussen kepada wartawan selepas pertemuan dengan penceramah dasar luar Parlimen pada Isnin.

“Ia bukan kerana kami berasa tertekan untuk berbuat demikian, tetapi ia adalah analisis politik kami bahawa ia adalah untuk kepentingan terbaik kita semua,” kata Encik Rasmussen.

“Kita tidak sepatutnya hanya duduk dan menunggu sehingga ia meletup.”

Di Stockholm, seorang pelarian Iraq terlibat dalam protes beberapa minggu kebelakangan ini dengan membakar Al-Quran di luar Parlimen Sweden. Di Denmark, penunjuk perasaan anti-Islam membakar Al-Quran di luar kedutaan Arab Saudi di Copenhagen.

Negara-negara Nordik kesal dengan pembakaran Al-Quran tetapi tidak boleh menghalangnya di bawah undang-undang perlembagaan yang melindungi kebebasan bersuara.

Bagaimanapun, kedua-dua pemerintah kini berkata mereka sedang mempertimbangkan perubahan undang-undang yang akan membolehkan pihak berkuasa menghalang pembakaran selanjutnya dalam situasi khas.

Pemerintah Sweden berkata bulan ini bahawa ia sedang meneliti penyelesaian yang sama, tetapi parti sayap kanan mengecamnya dengan menyatakan kebebasan bersuara tidak boleh dikompromi.

Menteri Luar Sweden, Encik Tobias Billstrom berkata pada Isnin bahawa beliau telah menghantar surat kepada semua 57 negara dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk menjelaskan hak Sweden untuk berhimpun dan mengutuk tindakan Islamofobia.

Menteri luar OIC bersidang dalam sesi luar biasa pada Isnin untuk membincangkan perkembangan terkini termasuk mengutuk sekeras-kerasnya pembakaran Al-Quran. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >