Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita Turkey cedera dalam serangan di konsulat Sweden

Aug 2, 2023 | 4:40 PM
BERJAGA-JAGA: Para pegawai polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga ketika seorang lelaki cuba membakar Al-Quran dalam satu demonstrasi di Mynttorget, Stockholm, Sweden pada 31 Julai.
BERJAGA-JAGA: Para pegawai polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga ketika seorang lelaki cuba membakar Al-Quran dalam satu demonstrasi di Mynttorget, Stockholm, Sweden pada 31 Julai. - Foto EPA-EFE

ISTANBUL: Seorang pekerja wanita Turkey cedera parah dalam serangan bersenjata pada Selasa di konsulat kehormat Sweden di wilayah barat Izmir, kata pegawai dan laporan media.

Ketegangan telah memuncak antara Sweden dan negara-negara Islam berikutan beberapa protes yang melibatkan penghinaan terhadap Al-Quran – termasuk membakarnya.

Dua lelaki membakar senaskah kitab suci itu di luar Parlimen Sweden di Stockholm pada Isnin – sama seperti yang berlaku dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

Pejabat gabenor tempatan berkata serangan itu dilakukan oleh seorang “orang kurang upaya mental” dengan pistol di daerah Konak di Izmir pada 9.45 pagi waktu tempatan.

Serangan itu berlaku di luar konsulat kehormat Sweden, lapor penyiar swasta NTV. Wanita yang bekerja sebagai setiausaha di konsulat tersebut, berada dalam keadaan kritikal, tambahnya.

Pihak berkuasa Turkey menahan penyerang berkenaan dan melancarkan siasatan ke atas kejadian itu, kata pejabat gabenor.

Perkhidmatan akhbar Kementerian Luar Sweden di Stockholm mengesahkan serangan itu dan berkata bahawa ia “berhubungan rapat” dengan konsulat am di Istanbul yang seterusnya berhubung dengan konsulat kehormat di Izmir.

“Konsulat am Sweden akan pergi ke Izmir untuk dimaklumkan mengenai kejadian berkenaan dan mengucapkan takziah.”

Kementerian itu berkata ia “tidak akan mengulas mengenai senario ancaman terhadap misi asing atau langkah keselamatan yang sedang diambil, kerana ia boleh menjejas tujuan langkah itu diambil.”

Konsulat kehormat mewakili kepentingan warganegara mereka di luar negara tetapi tidak dikendalikan oleh diplomat profesional. – AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg