Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Britain cuba atasi halangan selepas Perancis tutup sempadan

Dec 23, 2020 | 05:30 AM



LONDON: Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, kelmarin cuba menenangkan keadaan dengan menyatakan beliau sedang bekerja sepantas mungkin untuk mengatasi halangan perdagangan merentasi Selat selepas Perancis menutup sempadannya kepada Britain dalam usaha membendung penularan varian baharu koronavirus.



Menyusuli perbualannya dengan Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, mengenai larangan itu, yang telah menimbulkan kekecohan di kawasan pelaburan utama Britain, Dover, hingga membawa kepada kekurangan bekalan makanan menjelang Krismas, Encik Johnson berkata rantaian bekalan kekal "teguh dan utuh".



"Penangguhan ini hanya menjejas peratusan kecil makanan yang dibawa masuk ke Britain," kata beliau semasa sidang akhbar, sambil menambah, beliau mahu masalah ini ditangani "dalam masa beberapa jam".



Keputusan pantas Perancis pada Ahad lalu, yang mulanya dijadualkan berakhir dalam masa 48 jam, dibuat bagi membendung penularan varian baru virus Covid-19, yang ditemui di Britain, yang menurut para pegawai bahawa kadar kebolehan jangkitannya adalah 70 peratus.



Larangan itu menyebabkan Britain mempercepat 'Operasi Stack', pelan kedua yang dilakar bagi menangani kelewatan penghantaran barangan di jalan raya sekitar Dover sekiranya tiadanya perjanjian Brexit berlaku.



Awal sebelum itu, Encik Johnson telah bermesyuarat dengan ahli jawatankuasa - yang dipanggil Jawatankuasa Kecemasan Cobra - bagi membincangkan soal penerbangan antarabangsa dan aliran penghantaran biasa.



Rasa sengsara yang dihadapi orang ramai terus meningkat ketika mereka cuba meninggalkan Britain sedang 30 negara sedunia melaksanakan perintah larangan ke atas individu dari 30 negara demi membendung penularan varian baharu Covid-19.



Kekecohan di jalanan di sebuah pelabuhan utama adalah isyarat jelas tentang apa yang boleh dijangkakan sekiranya Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) tanpa ada sebarang perjanjian dalam 10 hari.



Namun, Encik Johnson berkata semasa perbualannya dengan Encik Macron bahawa kedua-dua mereka telah "berikrar" tidak akan membincangkan tentang Brexit kerana perbincangan antara London dan Brussel sedang berjalan.



Papan tanda berdekatan pelabuhan Channel, dengan sekitar 10,000 kenderaan berat melaluinya, menggesa orang ramai supaya pulang, menyatakan sempadan Perancis telah ditutup.



Encik David King, seorang pemandu lori dari Birmingham di barat England, terperangkap seorang diri di Belgium.



"Ini adalah tahun paling menyusahkan, kan? Untuk semua orang ini lebih membebankan. Pengakhiran yang buruk di tahun yang betul-betul buruk," ujarnya yang ditukil agensi berita AFP. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >