Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Budak lelaki terlepas daripada pegangan bapa yang berkayak

Jul 8, 2023 | 10:51 PM
MALANG TIDAK BERBAU: Bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan yang ditemukan lemas di Sungai Ketil, Lubuk Pedati, dekat sini dipercayai menaiki kayak bersama bapanya sebelum terlepas daripada pegangan lelaki itu.
MALANG TIDAK BERBAU: Bayi lelaki berusia setahun tujuh bulan yang ditemukan lemas di Sungai Ketil, Lubuk Pedati, dekat sini dipercayai menaiki kayak bersama bapanya sebelum terlepas daripada pegangan lelaki itu. - Foto hiasan PIXABAY OLEH PATTIREY PattiRey

BALING: Budak lelaki berusia setahun tujuh bulan yang ditemukan lemas di Sungai Ketil, Lubuk Pedati, dekat sini dipercayai menaiki kayak bersama bapanya sebelum terlepas daripada pegangan lelaki itu.

Budak lelaki yang lemas itu dikenali sebagai Adryan Mikhael Muhammad Afiq, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata bapa mangsa berusia 30 tahun dipercayai tergelincir sebelum budak itu terlepas daripada pegangannya dalam kejadian jam 11.50 pagi tadi.

Beliau berkata, mangsa kemudian dihanyutkan air sehingga ke Kampung Sungai Limau, di sini.

“Ketika kejadian, ibu mangsa bersama ahli keluarga dan rakan turut berada di tempat kejadian.

“Pihak kami menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 12 tengahari membabitkan seorang budak lelaki yang dipercayai lemas.

“Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dilakukan bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling serta anggota Balai Polis Baling,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Shamsudin berkata, mayat budak berkenaan ditemui pada jam 12.45 tengah hari dengan bantuan orang awam dan penduduk kampung di Kampung Sungai Limau.

Beliau berkata, mayat Adryan Mikhael kemudian dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.

Media pada Sabtu melaporkan, seorang budak lelaki berusia setahun tujuh bulan ditemui lemas selepas dihanyutkan di Sungai Lubuk Pedati. - BERITA HARIAN MALAYSIA (BHM)

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg