Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Buka semua kaunter di kedua-dua pusat pemeriksaan imigresen

Jun 05, 2023 | 01:26 PM



JOHOR BAHRU: Mengatasi kesesakan lalulintas di kedua-dua bahagian perbatasan darat dengan Singapura akan membantu memacu sektor pelancongan negara, kata Majlis Pemandu Pelancong Malaysia.


Presidennya, Encik Jimmy Leong, berkata adalah penting untuk terus membuka semua kaunter, terutama semasa tempoh sesak pada hujung minggu dan hari cuti.

“Seperti hari ini, hanya dua kaunter sahaja yang dibuka di pusat pemeriksaan Link Kedua, bagi laluan ekspres dan bas pelancong pada 8.30 pagi.

“Pada hujung minggu, lebih 100 buah bas akan masuk ke Johor, dan dukacita bagi orang ramai yang terkandas di pusat pemeriksaan hampir tiga jam,” katanya, sambil memuji usaha Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, kerana sering melakukan pemeriksaan mengejut di kedua-dua pusat pemeriksaan itu.

“Di Link Kedua, terdapat dua blok untuk senggarakan para penumpang bas, setiap satu mempunyai lapan hingga 10 kaunter imigresen.

“Mengapa hanya dua (bahagian) sahaja dibuka pada pagi Sabtu? Kenapa tidak tugaskan kakitangan secukupnya untuk membuka semua kaunter,?” ujar beliau.

Encik Leong, yang juga pengerusi Persatuan Pemandu Pelancong Johor, berkata Jabatan Imigresen harus menjangkakan ramai orang kerana cuti panjang hujung minggu, dan cuti sekolah di Singapura.

“Langkah untuk memperbaiki masa menguruskan laluan keluar masuk di kedua-dua pusat pemeriksaan adalah baik dan akan menggalakkan lebih ramai rakyat Singapura berkunjung ke Johor,” kata beliau sambil menambah bahawa beliau berharap akan dapat memberikan maklum balas daripada persatuannya kepada Menteri Besar.

Bagaimanapun, katanya lagi, lebih banyak kaunter harus dibuka sekalipun Datuk Onn Hafiz tidak berkunjung ke pusat-pusat pemeriksaan itu.

Pada halaman Facebook, Datuk Onn Hafiz berkata kerajaan Johor telah menyarankan supaya dibuka jalur kontra di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor Bahru dan Kompleks CIQ Sultan Abu Bakar (KSAB) di Iskandar Puteri, bagi mengatasi kesesakan di kedua-dua lokasi berkenaan.

Beliau bersetuju bahawa kesesakan luar biasa di kedua-dua lokasi itu sejak Khamis, adalah kerana cuti sekolah dan cuti umum serta cuti panjang hujung minggu.

Lebih 258,000 pengunjung dicatatkan menggunakan laluan BSI dan 63,000 pengunjung menggunakan KSAB pada Khamis lalu.

“Untuk memastikan perkara ini tidak berulang, saya telah meminta pengurusan BSI dan KSAB supaya menimbangkan untuk membuka laluan kontra, terutama bagi pengunjung yang laluan berjalan kaki dan pengangkutan awam, terutama sekali semasa cuti sekolah dan cuti panjang.

“Lorong kontra ini boleh dibuka kepada pergerakan keluar dan masuk dari negara semasa tempoh tertentu, seperti cuti sekolah atau musim perayaan,” kata beliau di halaman Facebook itu.

Datuk Onn Hafiz, yang berada di BSI pada Jumaat lalu, telah menasihatkan para pengunjung di Koswe Johor dan Link Kedua supaya merancang terlebih dulu perjalanan mereka supaya tidak terkandas dalam kesesakan.

Beberapa foto yang menunjukkan kesesakan di BSI telah disebarkan orang awam di media sosial sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat mengingatkan pemandu kenderaan supaya mematuhi peraturan apabila masuk ke Malaysia atau menghadapi risiko disuruh berpatah balik ke Singapura.

Beliau berkata, pihak berkuasa telah mengambil langkah proaktif dengan menugaskan pegawai polis lalulintas dan anggota polis di sekitar BSI dan KSAB. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >