Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bukan mudah bagi Anwar gugurkan AP setia

Oct 30, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Bukan mudah bagi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk menggugurkan Anggota Parlimen (AP) yang bukan hanya setia, bahkan telah menjadi rakan rapatnya sejak berdekad lamanya, dalam Pilihan Raya Umum (PRU) pada kali ini.



Sambil mengiktiraf pengorbanan besar mereka semasa penubuhan PKR kira-kira 20 tahun lepas, beliau menekankan keputusan yang dibuat itu demi kebaikan parti dan masa depan negara yang memerlukan pemimpin bertenaga serta mempunyai idea baru untuk diketengahkan kepada rakyat.



Antara mereka yang digugurkan adalah Cik Maria Chin (Petaling Jaya), Encik R Sivarasa (Sungai Buloh), Encik Chan Ming Kai (Alor Setar), Dr Tan Yee Kew (Wangsa Maju) Dr Lee Boon Chye (Gopeng), Encik S Kesavan (Sungai Siput), Cik Natrah Ismail (Sekijang) dan Datuk Johari Abdul (Sungai Petani).



"Bukan mudah untuk kita menggugurkan beberapa ahli parlimen dan digantikan mereka dengan orang baru yang belum diuji. Saya ingin mengingatkan semua orang supaya tidak mendahului diri sendiri.



"Tawaduk (merendah diri) dan belajar. Sentiasa bekerja sebaik mungkin," katanya dalam ucapannya sebelum mengumumkan nama calon PKR Semenanjung Malaysia di Dataran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Taman Kosas, Ampang, Selangor, kelmarin.



Timbalan Presiden PKR, Encik Rafizi Ramli pula berkata Datuk Anwar telah mengambil risiko besar keluar daripada zon selesa untuk bertanding di Parlimen Tambun yang dianggap bukan kerusi selamat selain akan bertembung dengan penyandang yang juga Timbalan Presiden Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.



Menurutnya, Datuk Anwar yang sering disindir hanya mahu mengejar jawatan perdana menteri seperti didakwa pelbagai pihak, sebagai presiden parti beliau boleh memilih kerusi selamat di Lembah Klang yang menjamin kemenangannya tetapi enggan berbuat demikian.



"Sebelum pengumuman Parlimen Tambun sebagai kerusi untuk Datuk Anwar dibuat, kami membuat tinjauan dan menilai semua data pengundi.



"Selepas itu barulah kami mengesahkan beliau akan bertanding. Sekiranya, undian dibuat hari ini, Datuk Anwar mendahului calon dari PN (Perikatan Nasional) dan BN (Barisan Nasional)," katanya kelmarin.



Encik Rafizi juga menyeru kepada semua calon agar memanfaatkan sepenuhnya tempoh dua minggu untuk berkempen secara besar-besaran dengan menemui pengundi kawasan ditandingi masing-masing.



"Mulai esok (semalam), calon kita semua akan memulakan kempen secara besar-besaran kerana Malaysia memerlukan perubahan kerajaan, jadi memang kita perlu menang untuk ubah kerajaan," tambahnya.– KHIRUL BAHRI BASARUDDIN



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >