Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Bukan mudah capai persetujuan perdagangan: PM Lee

Nov 17, 2023 | 05:13 PM



SAN FRANCISCO: Perdagangan adalah kritikal namun dasar perdagangan adalah sukar, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.


Ini selepas satu inisiatif ekonomi yang diterajui Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, di rantau Asia-Pasifik mengalami hambatan dalam bidang perdagangan.

“Perdagangan adalah amat penting dalam ekonomi sedunia. Dan tonggak perdagangan itu adalah aspek penting dalam persetujuan IPEF dan juga pendekatan strategik dan ekonomi Amerika di rantau itu,” kata Encik Lee dalam satu mesyuarat melibatkan 14 negara dalam Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF).


“Namun untuk membina pendekatan baru dan kreatif dalam melakarkan dasar perdagangan bukan mudah, dan mengambil masa untuk mengatasi beberapa perkara sensitif secara berjaga-jaga, dan untuk memilih waktu terbaik untuk memberi komitmen kepada persetujuan itu,” katanya, lapor The Straits Times (ST).


Diumumkan Encik Biden pada Mei 2022, IPEF adalah kaedah utama pendekatan ekonomi Amerika di rantau Indo-Pasifik yang sering menganggap China sebagai rakan perdagangan utama mereka.

Rangka kerja itu merangkumi empat tonggak; iaitu perdagangan, rantaian bekalan, tenaga bersih dan antirasuah.

Dalam satu pertemuan di sisi mesyuarat pemimpin tahunan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) pada Khamis, pemimpin IPEF telah mengumumkan perkembangan terkini berkaitan tiga daripada empat tonggak itu.

Bahkan, mereka juga menandatangani satu persetujuan penting bagi menyekat gangguan rantaian bekalan dan juga mengumumkan mereka telah menyelesaikan persetujuan dalam bidang tenaga bersih dan langkah mencegah rasuah.

Namun tonggak perdagangan – yang amat penting bagi ekonomi negara Asia yang bergantung besar terhadap kaedah eksport – mengalami hambatan apabila beberapa anggota Kongres daripada Parti Demokratik, parti Encik Biden sendiri, termasuk Senator negeri Ohio, Encik Sherrod Brown, membantah persetujuan itu atas sebab kesan politik yang bakal menjejas Pilihan Raya di negara itu pada 2024.

Dalam ucapannya, Encik Lee berharap agar lebih banyak kemajuan dapat dicapai dalam pertemuan susulan yang bakal diadakan pada 2024.

“Kami berharap dapat memajukan lagi rundingan ini dan juga kerjasama ketara pada tahun depan,” katanya sambil menambah, Singapura mengalu-alukan persetujuan inovatif terhadap daya ketahanan rantaian bekalan, ekonomi bersih dan ekonomi adil.

“Ini akan memperluas persekitaran perdagangan dan pelaburan dalam ekonomi kita bagi pihak perniagaan, pekerja dan rakan berkepentingan lain,” ujarnya lagi.

Encik Lee berkata Singapura akan menjadi tuan rumah bagi Forum Pelabur Ekonomi Bersih IPEF yang pertama pada separuh pertama 2024.

Forum itu akan membantu memadankan modal kepada projek-projek tertentu untuk memajukan daya usaha mengurangkan pengeluaran karbon dan peralihan terhadap ekonomi pengeluaran sifar.

Encik Lee juga berkata IPEF sebaiknya terus bersifat terbuka, inklusif dan fleksibel, termasuk bagi ahli baru.

Golongan tersebut, turut melibatkan India, yang tidak menyertai Apec, tetapi tidak melibatkan China.

Selain itu, bercakap kepada wartawan, Setiausaha Perniagaan Amerika, Cik Gina Raimondo, akur akan semangat tinggi yang ditunjukkan rakan-rakan IPEF dan berkata inisiatif IPEF ini “sedang menyelesaikan masalah terhadap rantaian bekalan, prasarana dan iklim, yang sangat relevan bagi rakan-rakan kami”.

Namun, veteran perunding perdagangan Amerika, Cik Wendy Cutler, berkata jalan seterusnya masih tidak menentu.

“November sering menjadi satu sasaran cita-cita tinggi bagi tugas perdagangan,” katanya kepada ST, sambil menambah, persetujuan seperti itu sering mengambil bertahun-tahun untuk dicapai.

“Malangnya tonggak perdagangan IPEF tidak dapat menyampaikan sebarang hasil minggu ini sejajar pengumuman yang dibuat,” kata Cik Cutler, yang juga naib presiden Institut Dasar Kesatuan Asia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >