Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Cabaran rumit AS bina pelabuhan di Gaza

Hadapi halangan besar dari segi logistik, keselamatan dan kos
Mar 18, 2024 | 05:31 AM



WASHINGTON: Ketika tentera Amerika Syarikat bergegas untuk meyiapkan pelabuhan sementara di pantai Gaza, cabaran praktikal yang menakutkan terhadap usaha kemanusiaan melalui laut untuk membentung isu kebuluran di wilayah itu semakin ketara.


Halangan itu termasuk logistik, kos dan isu keselamatan, kata diplomat dan pegawai bantuan.

Jabatan Pertahanan Amerika akan mengambil masa sehingga dua bulan untuk membina jeti terapung di Gaza.

“Kami sedang berusaha untuk menyediakannya secepat mungkin, tetapi kami menjangkakan ia akan mengambil masa beberapa minggu untuk merancang dan melaksanakannya,” kata jurucakap Pentagon, Mejar Jeneral, Pat Ryder.

Beliau berkata kira-kira 1,000 tentera Amerika akan dikerah dan berkemungkinan mengambil masa sehingga 60 hari untuk membina tambak dan jeti.

Pentagon menjangka menyediakan lebih 2 juta makanan kepada penduduk Gaza setiap hari.

“Sekarang kami dalam proses mengenal pasti sumber dan dalam beberapa kes menyediakan pasukan untuk ditempatkan,” katanya.

Tetapi keadaan terdesak di Gaza, yang digambarkan dalam imej kanak-kanak yang kelaparan, menjadikan rancangan antarabangsa yang diketuai Amerika itu sebagai satu keperluan, kata mereka.

Ini kerana memandangkan langkah kawalan keselamatan ketat yang dikenakan oleh Israel, ia akan melengahkan pengiriman makanan, air dan ubat-ubatan di wilayah itu.

Walaupun halangan itu boleh diatasi, daya usaha antarabangsa itu mungkin mengambil masa beberapa minggu, jika tidak berbulan-bulan, untuk mencapai matlamatnya bagi menyalurkan dua juta hidangan sehari kepada penduduk Gaza.

Memetik malapetaka kemanusiaan yang semakin meningkat di Gaza, Canada dan Sweden menyambung semula pembiayaan untuk agensi utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang menyokong pelarian Palestin di Gaza.

Pemerintah negara itu berkata agensi PBB yang mendapat tentangan itu telah mengambil langkah untuk meningkatkan kebertanggungjawapan di tengah-tengah tuduhan bahawa beberapa pekerjanya mempunyai kaitan dengan Hamas.

Canada dan Sweden adalah antara belasan negara yang menggantung pembayaran sumbangan kepada Agensi Bantuan dan Kerja Menyelamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), selepas tuduhan pada Januari oleh Israel bahawa belasan daripada 13,000 pekerjanya di Gaza terlibat dalam serangan 7 Oktober ke atas Israel yang diketuai Hamas.

UNRWA mendakwa Israel memang telah lama mahu agensi itu dikeluarkan dari Gaza.

Amaran tentang kebuluran yang meluas menjadi lebih mendesak apabila orang awam mula menggunakan makanan haiwan atau menyerang hendap trak yang membawa bekalan makanan.

Dalam satu kenyataan pemerintah pada 9 Mac, Sweden berkata ia akan mengeluarkan bayaran pertama bersyarat sebanyak kira-kira AS$20 juta ($26.6 juta).

Menurutnya, UNRWA telah bersetuju untuk membenarkan audit bebas dan mengukuhkan pengawasan dalaman.

“Dalam keadaan mendesak seperti ini, adalah penting untuk mengutamakan keselamatan nyawa penduduk awam, kata kenyataan itu.

Pegawai Canada pula menyatakan pada 8 Mac mereka telah menerima laporan sementara daripada pejabat PBB dan mendapati UNRWA telah mengambil langkah segera untuk meningkatkan kebertanggungjawapan.

Kementerian Luar Israel bertindak balas dengan marah terhadap keputusan negara itu, dan mengeluarkan kenyataan yang menyebutnya “kesilapan serius” yang dicapai sebelum penyiasatan selesai.

“Penyambungan semula pembiayaan kepada UNRWA tidak akan mengubah fakta bahawa agensi itu adalah sebahagian daripada masalah, dan tidak akan menjadi sebahagian daripada penyelesaian di Jaluran Gaza,” kata kementerian itu.

Kesatuan Eropah (EU), salah satu penderma terbesar kepada UNRWA, mengumumkan minggu lalu bahawa ia menambah dana kepada agensi itu dan mengatakan bahawa rakyat Palestin menghadapi keadaan yang teruk dan tidak sepatutnya menderita akibat jenayah Hamas.

Sumbangan pertama sebanyak 50 juta euro ($72.7 juta), dijadualkan akan dikeluarkan.

Amerika berkata ia akan menunggu hasil siasatan PBB sebelum memutuskan sama ada untuk meneruskan pembayaran sumbangannya.

Amerika adalah penderma tunggal terbesar kepada agensi itu dan telah menjanjikan $344 juta pada 2022.

Rancangan berbilang negara untuk membina jeti yang berfungsi di pantai Gaza tidak dinafikan bercita-cita tinggi.

Tetapi pegawai bantuan telah mengkritiknya, menekankan bahawa menghantar makanan dengan trak adalah cara paling berkesan untuk membantu penduduk Gaza.

Ia menggesa Israel supaya membuka titik lintasan baru di utara Gaza dan mengurangkan sekatan kemasukannya.

Pegawai Amerika telah mengakui ia akan mengambil masa, tetapi mengatakan koridor maritim akhirnya akan membolehkan mereka meningkatkan jumlah bantuan secara besar-besaran.

Gaza tidak mempunyai pelabuhan yang berfungsi dan perairan pantainya terlalu cetek untuk kebanyakan kapal – terutamanya tongkang besar yang diperlukan untuk mengangkut sejumlah besar kargo yang diperlukan untuk ratusan ribu rakyat Palestin yang kebuluran.

Presiden badan eksekutif EU, Cik Ursula von der Leyen, berkata pada 8 Mac pihaknya akan menilai proses pembinaan jeti itu.

Namun, ia tidak segera dijelaskan bagaimana atau di mana kapal akan memunggah kargo mereka atau bagaimana ia akan diedarkan, dengan pengeboman berterusan Israel dan serangan ke atas trak bantuan oleh kedua-dua rakyat awam Palestin serta kumpulan bersenjatanya.

Ratusan ribu daripada 2.3 juta penduduk Gaza menghadapi ancaman kebuluran.

Usaha itu akan memakan kos tetapi tidak pasti berapa mahalnya. Anggaran awal untuk jeti terapung dan perbelanjaan penghantaran mencecah puluhan juta dolar dalam beberapa bulan.

Tetapi keselamatan dan pengiriman bekalan makanan adalah jauh lebih utama daripada kos dan merupakan cabaran yang lebih besar.

Tidak jelas siapa yang akan menguruskan dan mengamankan kawasan pelabuhan dan konvoi yang diperlukan, untuk mengagihkan bantuan.

Dalam Ucapan Negara (State of the Union) minggu lalu, Presiden Amerika, Encik Joe Biden, tegas mengatakan tiada tentera Amerika yang akan dihantar ke Gaza.

Tentera Israel boleh meronda tetapi kehadiran mereka akan menimbulkan cabaran bagi PBB yang bersusah payah untuk mengelak daripada dilihat terlalu dekat dengan mana-mana pihak dalam konflik.

PBB menyelaraskan konvoinya dengan Israel, tetapi tidak meminta agar tentera Israel melindungi mereka. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >