Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

California dilanda kebakaran hutan terbesar dalam tahun ini

Jul 4, 2025 | 2:27 PM
Sebuah helikopter dilihat mengggurkan air sedang para anggota bomba giat memadamkan api di New Cuyama, California, Amerika Syarikat, pada 3 Julai 2025.
Sebuah helikopter dilihat mengggurkan air sedang para anggota bomba giat memadamkan api di New Cuyama, California, Amerika Syarikat, pada 3 Julai 2025. - Foto: Reuters

LOS ANGELES: Lebih 300 anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran hutan besar-besaran di California pada 3 Julai sehingga mendorong Presiden Donald Trump mengarahkan agensi persekutuan memerangi bencana iklim itu.

“Kebakaran Madre” yang bermula pada 2 Julai di San Luis Obispo, sebuah daerah luar bandar di tengah Amerika, telah menyebabkan sekitar 200 penduduk diarah berpindah dan berpuluh-puluh bangunan dijilat api.

Ia merupakan kebakaran terbesar setakat tahun ini di California, yang pernah menyaksikan sebahagian besar Los Angeles akibat kebakaran hutan pada awal tahun ini.

Api telah merebak dengan cepat. Dalam 24 jam, ia telah merosakkan lebih 52,000 ekar kawasan, menurut perkhidmatan bomba.

Imej dari sistem amaran menunjukkan api dan asap hitam menyeliputi gunung, kawasan berbukit dan terpencil.

“Kami kini berusaha melindungi semua komuniti - tidak kira di mana kebakaran bermula,” kata Gabenor California Encik Gavin Newsom yang telah mengarahkan kerja-kerja pemadaman api dan penyaluran bantuan disegerakan.

“Kebakaran Madre” menimbulkan semula trauma ekoran kebakaran hutan yang mengorbankan 30 orang pada Januari.

Ia adalah musim sejuk dan musim bunga yang luar biasa kering di selatan California, dan tumbuh-tumbuhan sudah kering, kata pakar iklim ekstremLos Angeles, Encik Daniel Swain.

“Memandangkan jangkaan haba yang lebih menyengat dan meluas pada akhir musim panas ini, tumbuh-tumbuhan akan mengering dan menjadi faktor utama punca kebakaran yang melanda,” kata Encik Swain.

Ia adalah musim panas pertama sejak Presiden Trump mengarahkan pemotongan belanjawan dan kakitangan di Perkhidmatan Hutan, Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan dan agensi persekutuan yang menyelaraskan tindak balas bencana.

Pada 2 Julai, Encik Newsom menuduh Presiden Trump tidak membiayai projek pencegahan kebakaran hutan yang mencukupi.

“Kami memerlukan komitmen sumber yang sama bukannya retorik,” kata Encik Newsom sambil mengingatkan bahawa “57 peratus daripada tanah di negeri ini adalah di bawah bidang kuasa pemerintah persekutuan”.

Pada 22 Januari, kebakaran liar baru di utara Los Angeles telah merebak dengan pantas di kawasan seluas lebih 8,000 ekar atau 32 kilometer persegi, didorong oleh angin kencang dan cuaca kering.

Kejadian itu telah memaksa perintah pemindahan ke atas lebih 19,000 orang yang tinggal di kawasan terjejas itu.

Hanya dalam beberapa jam, api merebak lebih separuh daripada saiz Kebakaran Eaton, salah satu daripada dua kebakaran raksasa yang telah memusnahkan kawasan Los Angeles. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg