Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Calon-calon fokus bantu mangsa banjir yang kian meningkat

Nov 14, 2022 | 05:30 AM



SHAH ALAM: BEBERAPA calon pilihan raya fokus memberi bantuan kepada mangsa banjir kilat sedang jumlah mangsa banjir di seluruh Malaysia terus meningkat kepada 2,269 orang di Perak, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Melaka, Johor dan Kelantan setakat 8 pagi semalam.



Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), dalam kenyataan di laman Facebook, berkata Kelantan merekodkan jumlah tertinggi seramai 951 mangsa, diikuti Selangor (699), Pulau Pinang (236), Johor (221), Kedah (112), Melaka (40) dan Perak (10)



Di Johor, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Kluang dan Kulai memaklumkan bahawa daerah itu yang terbaru dilanda banjir kilat selepas Segamat, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir di Johor meningkat kepada 276 orang pagi semalam.



Di Kulai, dua pusat membantu mangsa banjir dibuka bagi menempatkan 194 mangsa, manakala 25 mangsa lagi ditempatkan di Kluang.



Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kulai, Encik Chua Jian Boon, menangguhkan kempennya petang kelmarin dan semalam untuk fokus memberi bantuan kepada mangsa banjir kilat di Kampung Baru Sengkang dan Kampung Murni Jaya.



Katanya, sebagai pemimpin, beliau perlu membuat pilihan tepat membantu rakyat berbanding fokus kepada berkempen ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).



"Banjir di sini kali ini agak teruk apabila banyak harta benda milik penduduk rosak dan dihanyutkan arus deras. Jadi saya datang semalam dan hari ini untuk sama-sama membantu serta menghulurkan bantuan daripada badan sukarela,'' kata Encik Chua.



Hujan setiap petang antara cabaran yang dilalui setiap calon berkempen pada PRU15 seperti yang dilalui oleh calon Parlimen Ampang, iaitu Ketua Pejuanita Muda Malaysia, Dr Nurul Ashikin Mabahwi, yang mewakili parti Pejuang.



Pakar dalam pengurusan banjir dan tanah runtuh itu berkata, hujan membuatnya membatalkan jadual padat dan beralih kepada berkempen menerusi media sosial.



Katanya, menerusi media sosial, beliau dapat melihat ramai golongan, terutama mereka yang berusia 40 tahun dan ke bawah, mengikutinya.



Bagaimanapun, lulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Regional Environment Systems dari Institut Teknologi Shibaura, Jepun itu berkata, beliau masih perlu berusaha keras untuk dikenali dan membantu menyelesaikan masalah rakyat.



Dr Nurul Ashikin berkata, selain isu banjir yang sudah berlarutan, beliau merasakan isu kekurangan sekolah pendidikan khas yang perlu diberi perhatian di Ampang.



Beliau turut berharap kehadiran Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada ceramah yang akan diadakan pada Selasa ini di Pangsapuri Seri Nilam di sini, dapat membantu kempennya.



Ketua Penerangan Perikatan (PN) Nasional, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menyeru rakyat menghukum Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, sususlan kedegilan dan keangkuhan mereka membubarkan Parlimen menyebabkan rakyat kini terbeban demi kelancaran proses pilihan raya.



Ia susulan beberapa negeri termasuk Pulau Pinang dilanda banjir kilat hingga mengakibatkan kempen serta ceramah politik terpaksa dibatalkan.



Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa negeri dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak petang kelmarin.



Sehubungan itu, penyandang kerusi Parlimen Gombak itu menyeru rakyat menghukum Umno pada 19 November ini menerusi pembuang undi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >