Topik diikuti
Pergi ke BHkuCalon Demokrat menang kerusi Senat Mississippi, sekali gus senator kulit hitam pertama sejak 1874
Calon Demokrat menang kerusi Senat Mississippi, sekali gus senator kulit hitam pertama sejak 1874
Calon Demokrat menang kerusi Senat Mississippi, sekali gus senator kulit hitam pertama sejak 1874
WASHINGTON: Calon Demokrat Scott Colom memenangi kejutan besar dalam pilihan raya Senat Amerika Syarikat di Mississippi pada 11 November selepas beberapa hari pengiraan undi, menurut unjuran media Amerika.
Beliau menewaskan penyandang daripada parti Republikan Cik Cindy Hyde-Smith untuk menjadi senator kulit hitam pertama di negeri di selatan itu sejak era Pembinaan Semula susulan perang saudara Amerika.
Keputusan itu merupakan kejutan besar di negeri yang tegar menyokong parti Republikan dan memperluaskan kekalahan teruk di peringkat nasional yang ditimpakan oleh parti Demokrat terhadap penyokong Republikan pimpinan Presiden Donald Trump dalam pilihan raya pertengahan penggal pada 3 November.
Kemenangan di Mississippi itu memberikan parti Demokrat kelebihan 55-44 dalam Senat yang dianggotai 100 anggota, dengan pemenang bagi satu perlumbaan Senat daripada pilihan raya minggu lalu – di Alaska – masih belum ditentukan.
Parti Demokrat juga telah meraih 41 kerusi di Dewan Perwakilan setakat ini, mengekalkan kelebihan 254 berbalas 168 dengan 13 perlumbaan masih belum diumumkan.
Apabila hilang kawalan ke atas kedua-dua dewan, Encik Trump berdepan dengan Kongres yang dikuasai Demokrat buat pertama kali dalam kedua-dua penggal pentadbirannya, sekali gus memberikan parti pembangkang peluang untuk menyekat perundangan yang sangat berpihak kepada parti tertentu dan menyiasat pentadbiran Encik Trump.
Persaingan di Senat Mississippi adalah salah satu perlumbaan tertunggak terakhir yang diumumkan sejak pilihan raya 3 November lalu.
Pegawai pilihan raya Mississippi menghabiskan masa lebih seminggu untuk mengira undi dalam pilihan raya yang begitu sengit sehingga Encik Colom kadangkala mendahului dengan hanya beberapa dozen undi sahaja.
Keputusan terkini menunjukkan beliau mendahului dengan lebih daripada 4,500 undi, atau 0.5 peratusan mata.
Encik Colom, seorang peguam daerah berusia 43 tahun, menjadi anggota Demokrat pertama yang memenangi kerusi Senat Mississippi sejak Encik John Stennis pada 1982.
Beliau memanfaatkan rasa tidak puas hati terhadap kos sara hidup menerusi satu iklan kempen yang melonjakkan namanya.
Para pengundi mempersendakan cadangan Cik Hyde-Smith bahawa pengguna boleh memilih sumber “protein” lain daripada membayar harga daging lembu yang semakin meningkat.
Cik Hyde-Smith, 67 tahun, yang dilantik ke Senat pada 2018 dan memenangi pilihan raya khas pada akhir tahun yang sama, secara konsisten mendahului tinjauan pendapat di negeri yang dimenangi Encik Trump dengan hampir 23 mata pada 2024.
Encik Trump telah berkempen di Mississippi untuk Cik Hyde-Smith menjelang penghujung saingan tersebut.
Demokrat memenangi beberapa perlumbaan persekutuan dan peringkat negeri yang berprofil tinggi di negeri-negeri yang telah lama dikuasai oleh Republikan, termasuk Texas.
Pengundi kulit putih Mississippi telah mengubah negeri itu menjadi kubu kuat Republikan menerusi penjajaran semula politik menyusuli gerakan hak sivil pada 1960-an. – Reuters.