Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Calon presiden Indonesia, Prabowo, terus dahului dalam tinjauan pendapat

Dec 27, 2023 | 02:02 PM



JAKARTA: Menteri pertahanan Indonesia dan calon presiden, Encik Prabowo Subianto, mengukuhkan kedudukannya dalam satu tinjauan pendapat, selepas calon-calon berkenaan mengambil bahagian dalam satu perbahasan di televisyen, menjelang Pilihan Raya Presiden Indonesia pada 14 Februari 2024.


Tinjauan yang dijalankan pada 23 dan 24 Disember yang dikeluarkan oleh Indikator Politik Indonesia pada 26 Disember, menunjukkan bahawa Encik Prabowo, yang bertanding bersama anak lelaki Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, Encik Gibran Rakabuming Raka, 36 tahun, memperoleh 46.7 peratus undi.

Indikator meletakkan mantan Gabenor Jawa Tengah, Encik Ganjar Pranowo sebagai lawan terdekatnya, dengan 24.5 peratus undi, manakala mantan Gabenor Jakarta, Encik Anies Baswedan mendapat sokongan 21 peratus daripada mereka yang ditinjau.

Tinjauan Kompas sebelumnya pada Disember memberikan Encik Prabowo 39.3 peratus undi dan meletakkan Encik Anies sebagai lawan terdekatnya dengan 16.7 peratus, diikuti oleh Encik Ganjar 15.3 peratus.


Tinjauan Indikator dijalankan selepas perbahasan di televisyen antara calon presiden pada 12 Disember dengan calon naib presiden pada 22 Disember.

Sebelum ini, keputusan mahkamah Perlembagaan negara itu pada Oktober, yang membuka jalan kepada Encik Gibran untuk bertanding dalam pilihan raya, telah menimbulkan kebimbangan meluas mengenai politik dinasti yang semakin mendalam di negara demokrasi ketiga terbesar di dunia.

Semasa perbahasan di televisyen, Encik Gibran mempertahankan agenda ekonomi bapanya, terutama pembangunan ibu kota baru, Nusantara.

Encik Gibran berkata dalam perbahasan televisyen pada 22 Disember bahawa beliau mahu mewujudkan 19 juta pekerjaan jika dipilih kelak.

Ini adalah kali pertama Encik Gibran, yang bertanding sebagai calon naib presiden dengan Menteri Pertahanan, Encik Prabowo, bercakap secara terus terang mengenai wawasan ekonomi pasangan itu untuk negara.

Encik Gibran berkata beliau dan Encik Prabowo mahu meneruskan dan mengembangkan dasar yang dibawa oleh bapanya, pemacu prasarana dan program untuk membangunkan industri kreatif negara, serta 60 juta perusahaan kecil dan sederhana di seluruh negara itu.

Sementara itu, Profesor Mahfud MD, yang kini menganggotai kabinet Encik Jokowi sebagai menteri penyelaras bagi politik, perundangan dan keselamatan, percaya bahawa pembasmian rasuah adalah kunci untuk membangunkan ekonomi negara.

“Kita kaya dengan sumber semula jadi dan mempunyai ramai tenaga kerja yang hebat. Masalahnya rasuah berleluasa… akibatnya, kita miskin,” katanya.

Profesor Mahfud adalah calon naib presiden berpasangan dengan Encik Ganjar.

Sementara itu, Encik Muhaimin Iskandar, calon naib presiden yang berpasangan dengan Encik Anies, menggunakan wadah politik yang menjanjikan perubahan kepada cara negara itu dikendalikan.

Beliau berkata dalam ucapan pembukaannya bahawa gabungan Anies-Muhaimin akan melancarkan beberapa insentif kepada golongan memerlukan dan bakal usahawan.

“Kami mahu bantuan sosial diteruskan dan dipertingkat, supaya orang ramai mempunyai lebih banyak kuasa beli dan dengan itu memacu ekonomi kita,” katanya.

Beliau menambah bahawa jika dipilih, pihaknya akan memberi peruntukan besar untuk menyediakan pinjaman kepada perniagaan kecil.

Tiga lagi perbahasan dijadualkan, sebelum pilihan raya diadakan pada Februari 2024. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >