Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Gibran jadi tumpuan dalam debat antara calon naib presiden Indonesia

Dec 22, 2023 | 11:48 AM



JAKARTA: Encik Gibran Rakabuming Raka, anak sulung Presiden Indonesia, Encik Joko ‘Jokowi’ Widodo, dan juga yang paling muda dalam kalangan calon naib presiden, menjadi tumpuan ketika beliau berdepan pesaingnya dalam debat pilihan raya perdana pada malam 22 Disember, yang memberi fokus kepada isu ekonomi.


Terdapat banyak jangkaan mengenai debat itu kerana ia akan menyaksikan Encik Gibran, 36 tahun, yang juga Datuk Bandar Surakarta, Jawa Tengah, mengambil bahagian dalam forum seumpama itu buat kali pertama, dan berdepan dengan pesaing yang lebih berpengalaman.

Mereka adalah Menteri Koordinasi Politik bagi Undang-Undang dan Ehwal Keselamatan, Encik Mahfud MD, dan ahli politik berpengalaman, Encik Muhaimin Iskandar.

Berbeza dengan dua calon lain, Encik Gibran telah mengelak daripada terlibat dalam debat awam sejak mengumumkan pencalonan jawatan timbalan presiden bersama Encik Prabowo Subianto, pada penghujung Oktober.

Hal itu menimbulkan keraguan tentang kesediaannya untuk beraksi di peringkat kebangsaan, dan untuk jawatan kedua paling kanan negara.

Penganalisis berkata, berikutan perbahasan pertama yang hangat minggu lalu dalam kalangan tiga calon presiden, tidak dapat dielakkan bahawa perbahasan kali ini akan menyaksikan Encik Gibran menerima sambutan “lebih panas” daripada dua calon lain.

“Mahfud dan Muhaimin berkemungkinan akan mengejar Gibran kerana mengetahui beliau orang yang paling kurang pengalaman dalam debat awam, untuk menggugat momentum kempen beliau dan Prabowo,” kata penganalisis, Encik Agung Baskoro, dipetik akhbar, The Jakarta Post.


Pada 12 Disember lalu, tiga calon presiden Indonesia menyertai debat pertama kempen menjelang Pilihan Raya Umum yang akan berlangsung pada 14 Februari 2024. 

Dalam debat itu, ketiga-tiga calon itu – Encik Anies Baswedan, Encik Prabowo serta Encik Ganjar Pranowo – saling membuat janji mengenai dasar, menggembar-gemburkan pencapaian masing-masing, selain menyerang calon lawan atas kesilapan dan kontroversi masa lalu yang didakwa pesaing mereka.

Tetapi perbahasan 22 Disember boleh memberi Encik Gibran, ahli perniagaan masakan yang bertukar menjadi ahli politik, peluang untuk bangkit daripada status underdog memandangkan isu ekonomi juga bukanlah bidang terkuat Encik Mahfud atau Encik Muhaimin.


Sebelum menceburi politik, Encik Gibran menerajui kerjaya keusahawanan yang berjaya, setelah menjalankan pelbagai perniagaan makanan, termasuk firma katering Chilli Pari, dan Markobar, rangkaian menjual martabak, penkek manis atau berperisa yang popular di Indonesia.


Encik Gibran adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Orchid Park di Singapura dan memperoleh ijazah sarjana muda dari Institut Pembangunan Pengurusan Singapura (MDIS).

Pasukan kempen Prabowo-Gibran telah menyatakan keyakinan mereka terhadap penampilan pertama Encik Gibran pada debat berisiko tinggi yang akan datang, dan mengatakan bahawa mereka tidak bimbang kerana Encik Gibran akan berdebat mengikut kekuatannya.

“Gibran mempunyai pengalaman dalam topik itu walaupun ia hanya dalam skop (Surakarta),” kata ahli pasukan kempen Encik Budiman Sudjatmiko, sambil menambah bahawa pakar dalam pasukan itu telah “memberinya beberapa pandangan tentang bagaimana prestasinya di Surakarta boleh diunjurkan ke peringkat kebangsaan”.

Pada asalnya, perbahasan kedua sepatutnya menyaksikan calon naib presiden bertanding dalam isu berkaitan pertahanan, keselamatan dan hubungan antarabangsa.

Topik untuk tarikh itu, bagaimanapun, ditukar oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU), kurang seminggu sebelum perbahasan pertama pada 12 Disember.

Hal itu mencetuskan spekulasi bahawa badan pengundian itu cuba melindungi Encik Gibran daripada serangan oleh lawannya yang lebih berpengalaman terhadap topik tertentu.

Penganalisis berkata debat 22 Disember itu juga akan memberi Encik Gibran peluang untuk membuktikan bahawa beliau bukan liabiliti untuk Encik Prabowo. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >