Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Calon sihat diperlukan bagi demokrasi yang sihat

Oct 23, 2022 | 05:30 AM



PETALING JAYA: Calon-calon yang sihat seharusnya menjadi pertimbangan penting parti-parti politik apabila mengemukakan calon untuk untuk bertanding di kesemua 222 kerusi Parlimen seluruh negara, kata pemerhati politik semalam.



Seramai empat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan empat anggota Parlimen telah meninggal dunia akibat isu-isu kesihatan sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018.



Dua pilihan raya kecil telah diadakan pada 2018 selepas Adun Seri Setia dan Sungai Kandis di Selangor masing-masing meninggal dunia akibat barah kolon dan limfoma.



Pada 2019, pilihan raya kecil bagi Semenyih, juga di Selangor, diadakan selepas wakil rakyatnya meninggal dunia akibat serangan jantung.



Bagi kerusi Parlimen, dua pilihan raya kecil - Sandakan dan Tanjung Piai - diadakan pada 2019 selepas ahli Parlimen masing-masing meninggal dunia akibat serangan jantung.



Pada 2020, kerusi parlimen Batu Sapi dibiarkan kosong selepas ahli parlimennya, Liew Vui Keong, meninggal dunia akibat radang paru-paru pada Oktober. Sebulan kemudian, kerusi Gerik juga dibiarkan kosong selepas ahli parlimennya, Hasbullah Osman, meninggal dunia akibat serangan jantung.



Kedua-dua kerusi (Batu Sapi dan Gerik) bagaimanapun tidak menyaksikan pilihan raya kecil berikutan penularan wabak Covid-19.



Pengamat politik, Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), berkata syarat kesihatan tidak diperuntukkan dalam sistem pilihan raya pada waktu ini, namun ia sesuatu yang perlu ditimbangkan oleh parti-parti politik apabila mengemukakan calon masing-masing.



"Berdasarkan pengalaman, adalah lebih baik parti memastikan calon mempunyai kesihatan yang baik supaya mereka dapat menjalankan tugas perundangan dan kawasan undi dengan lebih berkesan. Oleh itu, demi kepentingan pengundi, Parlimen boleh mempertimbangkan untuk menjadikan syarat kesihatan tertentu sebagai syarat pencalonan dalam pilihan raya," katanya.



Ini kerana bagi syarat pekerjaan, pekerja baru perlu menjalani pemeriksaan kesihatan.



Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia, Dr Azmil Mohd Tayeb, berkata parti perlu mewajibkan calon mereka menjalani saringan kesihatan asas.



"Bukan tugas Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menentukan status kesihatan calon," katanya.



Felo Kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Dr Oh Ei Sun, berkata keperluan supaya calon dinilai berdasarkan tahap kesihatan mereka bukanlah satu tindakan demokratik.



"Saya fikir ia adalah anti-demokratik untuk mewajibkan pemeriksaan sedemikian. Namun penjagaan kesihatan yang mencukupi harus diberikan kepada semua wakil rakyat," katanya.



Penganalisis politik, Profesor Dr Azmi Hassan, berkata calon-calon yang sihat tidak semestinya bermakna individu yang bertanding dalam pilihan raya harus calon muda.



"Calon boleh calon veteran. Mereka bukan sahaja harus sihat dari segi fizikal, tetapi juga dari segi intelek," katanya lagi.



Dr Azmi berkata adalah penting bagi calon untuk sihat dari segi intelek, di mana mereka boleh mengutarakan isu-isu yang menjadi keprihatinan rakyat. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >