Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Capai 80% vaksinasi penuh, Johor mahu tiga kawasan pelancongan dibuka

Sep 08, 2021 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor memohon tiga kawasan pelancongan di negeri itu yang sudah mencapai vaksinasi lengkap lebih 80 peratus dibuka pada gelembung pelancongan.



Pengerusi Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata tiga kawasan itu adalah Muar, kepulauan Mersing dan Desaru.



Katanya, Tourism Johor dan pemain industri pelancongan menyambut baik inisiatif gelembung pelancongan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang membenarkan destinasi mencapai kadar vaksinasi 80 peratus beroperasi.



"Selepas berbincang dengan Tourism Johor, saya ingin memohon supaya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mempertimbangkan tiga kawasan tumpuan bagi inisiatif gelembung pelancongan.



"Pertamanya, ia membabitkan Muar yang terkenal dengan panorama cantik, bangunan bersejarah dan makanan enak dan telah mencapai imuniti kelompok pada 4 September lalu dengan seramai 168,396 penduduk atau 84.24 peratus penduduk menerima dos lengkap.



"Keduanya, kepulauan Mersing atau lebih dikenali sebagai 'Maldives of Malaysia' yang mencapai 100 peratus vaksinasi atau 594 orang bagi keseluruhan penduduk dan pekerja pusat peranginan.



"Ketiganya adalah Desaru Coast yang dinobatkan sebagai antara tempat terhebat dunia 2021 oleh majalah Time, mencapai 91 peratus vaksinasi atau 1,210 pekerja yang sudah menerima dos kedua," katanya dalam kenyataan dimuat naik di Facebooknya semalam.



Datuk Onn Hafiz berkata beliau percaya inisiatif gelembung pelancongan akan memberi sinar baru kepada pemain industri pelancongan Johor yang suram sejak bermulanya pandemik.



"Saya berharap dan memohon jasa baik kerajaan pusat supaya dapat mempertimbangkan permohonan Johor bagi membuka kembali sektor pelancongan negeri ini yang sudah lengkap vaksinasi," katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >