Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

CEO AirAsia gurau dengan penumpang langgar syarat, bawa makanan sendiri dalam pesawat

Feb 05, 2024 | 06:13 PM



Bayangkan anda sedang menaiki pesawat dan tiba-tiba terserempak dengan ‘bos’ besar syarikat penerbangan itu.

Lebih teruk lagi, anda ditangkap melakukan sesuatu yang melanggar peraturan syarikatnya dengan menyeludup masuk makanan sendiri!

Tetapi itulah yang terjadi baru-baru ini kepada seorang penumpang dalam satu penerbangan dikendali AirAsia yang ‘ditangkap’ membawa bungkusan makanan ala Barbeku Korea dalam pesawat.

Dalam satu video yang tular di TikTok, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan dari Malaysia itu, Encik Tony Fernandes, kelihatan bergurau dengan seorang penumpang wanita yang dipercayai membawa makanan yang telah dibungkus dari luar di dalam pesawat berkenaan.

Tinjauan Berita Harian (BH) di laman AirAsia mendapati syarikat itu tidak membenarkan sebarang makanan atau minuman dibawa dari luar ke dalam pesawat.


Dalam video 41 saat yang telah mencatat lebih 3.2 juta tontonan itu, Encik Fernandes menulis kenyataan dengan berseloroh, beliau menangkap seorang penumpang yang membawa makanan dari luar.

Apabila beliau tiba di laluan tengah kabin bersebelahan barisan tempat duduk wanita itu, beliau berkata, “Lapor! Lapor!,” sambil menunjuk jari ke arah bungkusan makanan tersebut.

“Ada seorang yang membawa masuk makanan yang tidak diizinkan!” katanya disambut dengan gelak ketawa wanita itu dan penumpang lain.

“Dasar (kami) menyatakan makanan dari luar tidak dibenarkan,” tambahnya lagi dengan ketawa.

Encik Fernandes kemudian bertanya kepada wanita itu apa makanan yang telah dibungkusnya.

Wanita itu berkata ia makanan ala barbeku Korea.

“Tiada minuman percuma untuk anda,” kata Encik Fernandes lagi dengan berseloroh.




@tonyfernandesairasia

Just pre-book your @santan meals. It's way cheaper than outside food and drinks 😅

♬ Funny Song - Funny Song Studio & Sounds Reel



Encik Fernandes, kemudian kelihatan memberi minuman kepada beberapa penumpang dan memberitahu kru kabin untuk “menghantar bil” mereka kepadanya.

Dalam catatan susulan video itu, Encik Fernandes menggesa agar penumpang membuat tempahan sajian makanan ‘Santan’ terdahulu sebelum menaiki pesawat, merujuk kepada jenama pilihan sajian dalam pesawat ditawar AirAsia.

“Ia lebih murah daripada makanan dan minuman dari luar,” katanya lagi.

Bagaimana pun video tersebut telah menarik pandangan positif daripada pengguna di TikTok yang menyatakan beliau merupakan seorang ‘bos besar’ yang periang.

Ada juga yang menyatakan bahawa penumpang dalam pesawat terbabit sangat bertuah dapat menaiki pesawat yang sama dengan CEO itu.

Padahal ini bukan kali pertama Encik Fernandes hadir di dalam pesawat milik syarikatnya.

Pada Oktober 2023, beliau membuat satu pengumuman istimewa kepada penumpang dalam satu penerbangan untuk mengucapkan penghargaan kepada pelanggan atas sokongan mereka kepada syarikatnya.

“Dengan penuh ikhlas saya mahu mengucapkan terima kasih kepada anda semua atas sokongan anda,” katanya dalam satu video yang dimuat naik dalam akaun TikTok-nya.

“Ia merupakan tempoh yang sangat mencabar sepanjang tiga tahun yang lalu, dan menawarkan peluang untuk seramai mungkin orang naik pesawat membuat saya sangat bahagia dan senang,” tambahnya.




@tonyfernandesairasia

Best part about traveling on AirAsia is that i get to meet our guests and thank them in person. Today i made a special inflight announcement for our crew who have been through three years of hell and back. But they have stayed and fought with us, and now we are back. Despite the high oil prices and the weak currency, we will try to keep our fares low so make good on our promise “Now everyone can fly”. Ps. when we are fully recovered, next inflight meal is on me.

♬ original sound - Tony Fernandes - Tony Fernandes

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >