Sekumpulan penumpang yang menaiki penerbangan Air Asia baru-baru ini diberi kejutan manis apabila berkesempatan menikmati hiburan bak konsert mini daripada komposer terkenal David Foster, penyanyi Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza serta penyanyi lain.
Dalam video yang tular di media sosial, Foster dilihat memberikan intercom kepada penyanyi lain, Michael Bolton, Peabo Bryson, Katharine McPhee, dan Loren Allred.
Antara lagu yang didendangkan secara singkat oleh artis adalah When A Man Loves A Woman, A Whole New World, I Swear and Never Enough.
Datuk Siti juga menyanyikan lagu Aku Cinta Padamu di hadapan kapal terbang kepada penumpang.
Penumpang dilihat dalam keadaan girang dan sibuk merakam detik tersebut.
David Foster dan rakan-rakannya telah mengadakan konsert di Mega Star Arena, Kuala Lumpur di Malaysia pada Isnin dan kumpulan tersebut berada dalam penerbangan untuk konsert di Singapura yang berlangsung di Teater The Star yang bertempat di Buona Vista, pada malam sebelum Hari Kebangsaan, Selasa lalu,
Datuk Siti, yang juga membuat persembahan dalam konsert tersebut telah menyanyikan lagu The Power of Love oleh Jennifer Rush, All By Myself oleh Celine Dion dan lagunya sendiri, Sehebat Matahari.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg