CEO Meta nafi di mahkamah LA Instagram sasar kanak-kanak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

CEO Meta nafi di mahkamah LA Instagram sasar kanak-kanak

Feb 19, 2026 | 1:02 PM

CEO Meta nafi di mahkamah LA Instagram sasar kanak-kanak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Encik Mark Zuckerberg, berkata tanggungjawab untuk pengesahan umur harus terletak pada pembuat peranti mudah alih.
Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Encik Mark Zuckerberg, berkata tanggungjawab untuk pengesahan umur harus terletak pada pembuat peranti mudah alih. - Foto: REUTERS

LOS ANGELES: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Meta Platforms, Mark Zuckerberg, berulang kali berkata semasa perbicaraan bahawa pengendali Facebook dan Instagram itu tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 13 tahun di platformnya di sebalik bukti yang menunjukkan mereka adalah demografi utamanya.

Encik Mark Lanier, seorang peguam untuk wanita yang menyaman Instagram dan YouTube Google kerana membahayakan kesihatan mentalnya ketika beliau masih kecil, mendesak Encik Zuckerberg mengenai kenyataannya kepada Kongres pada 2024 bahawa pengguna di bawah umur 13 tahun tidak dibenarkan di platform tersebut.

Beliau bersemuka dengan Encik Zuckerberg dengan menunjukkan dokumen dalaman Meta dalam perbicaraan pada 18 Februari.

Kes itu melibatkan seorang wanita California yang mula menggunakan Instagram dan YouTube semasa kecil.

Beliau mendakwa syarikat-syarikat itu cuba mengaut keuntungan dengan menarik kanak-kanak ke dalam perkhidmatan mereka walaupun mengetahui media sosial boleh membahayakan kesihatan mental mereka.

Beliau yang mendakwa aplikasi tersebut mencetuskan kemurungan dan pemikiran bunuh diri, mendesak syarikat-syarikat itu bertanggungjawab.

Meta dan Google telah menafikan dakwaan tersebut, dan menunjukkan usaha mereka untuk menambah ciri-ciri keselamatan pengguna.

“Jika kita mahu menang besar dengan remaja, kita mesti membawa mereka masuk sebagai remaja,” demikian bunyi satu pembentangan dalaman Instagram pada 2018.

“Namun anda menyatakan bahawa anda tidak pernah melakukan itu,” kata Encik Lanier.

Encik Zuckerberg menjawab bahawa Encik Lanier “menyalahtafsirkan apa yang saya katakan”.

CEO Meta itu berkata Meta telah “melakukan pendekatan yang berbeza dari semasa ke semasa untuk cuba membina versi perkhidmatan yang berbeza bagi kanak-kanak dengan selamat”.

Contohnya, beliau berkata Meta membincangkan tentang penciptaan versi Instagram untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun, tetapi akhirnya tidak pernah berbuat demikian.

Meta menghadapi potensi kerugian dalam perbicaraan di Los Angeles, sebahagian daripada gelombang litigasi terhadap syarikat media sosial di Amerika, yang menyaksikan kes-kes mula dibicarakan di tengah-tengah tindak balas global mengenai kesan platform tersebut terhadap pengguna muda.

Dalam satu e-mel, bekas naib presiden hal ehwal global Meta, EncikNick Clegg, memberitahu Encik Zuckerberg dan eksekutif tertinggi lain “kami mempunyai had umur yang tidak dikuatkuasakan (tidak boleh dikuatkuasakan?)” dan menyatakan bahawa dasar yang berbeza untuk Instagram berbanding Facebook menjadikannya “sukar untuk mendakwa kami melakukan semua yang kami mampu lakukan”.

Encik Zuckerberg menjawab dengan menyatakan Tanggungjawab untuk pengesahan umur harus terletak pada pembuat peranti mudah alih.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg