Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TikTok Indonesia kesali e-dagang diharam, bakal jejas jutaan peniaga

Sep 29, 2023 | 02:18 PM



JAKARTA: TikTok Indonesia melahirkan rasa kesal dengan keputusan pemerintah baru-baru ini untuk mengharamkan urus niaga e-dagang di wadah media sosial, dengan mengatakan bahawa langkah itu boleh menjejas mata pencarian berjuta-juta orang yang bergantung pada platform video pendek untuk meraih pendapatan.


Dalam satu kenyataan, TikTok Indonesia berkata ia akan menghormati peraturan dan undang-undang yang diguna pakai di Indonesia dan “akan mengambil jalan yang membina ke hadapan.”

“Kami amat kesal dengan pengumuman pemerintah terutamanya bagaimana ia akan memberi kesan kepada kehidupan enam juta penjual dan hampir tujuh juta pencipta kandungan yang menggunakan TikTok Shop,” kata kenyataan tersebut.

Peraturan Kementerian Perdagangan telah digubal pada Selasa untuk melarang wadah media sosial termasuk TikTok ByteDance, daripada melakukan urus niaga dalam talian.

Langkah itu dibuat berikutan aduan meluas daripada penjual luar talian, terutamanya mereka yang mempunyai kedai di seluruh pasaran tradisional bahawa pendapatan mereka telah menjunam kerana capaian wadah media sosial yang semakin meningkat.

Indonesia mengharamkan urus niaga barangan di wadah media sosial seperti TikTok Shop dalam usaha untuk melindungi peniaga kecil daripada persaingan e-dagang dan menuduh mereka mengenakan harga pemangsa.

TikTok dimiliki oleh gergasi teknologi China, ByteDance sebelum ini berkata, ia tidak bercadang melancarkan perniagaan rentas sempadan di negara itu selepas pegawai menyatakan kebimbangan dorongan e-dagang firma itu boleh membanjiri negara dengan produk China.

Menteri Perdagangan Indonesia Encik Zulkifli Hasan pada Isnin mengumumkan keputusan itu selepas pertemuan dengan Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo.

Larangan itu “adalah untuk menghalang penguasaan algoritma dan menghalang penggunaan data peribadi dalam kepentingan perniagaan”, kata Encik Zulkifli.

Beliau berkata larangan itu, yang berkuat kuasa serta-merta, bertujuan untuk “mewujudkan ekosistem perdagangan elektronik yang adil, sihat dan bermanfaat”.

Dalam pemeriksaan ke pasar borong terbesar Asia Tenggara Tanah Abang di Jakarta minggu lalu, Menteri Koperasi dan Perusahaan Kecil dan Sederhana, Encik Teten Masduki berkata beliau mendapati penjual mengalami kerugian lebih 50 peratus kerana tidak dapat bersaing dengan produk import yang dijual dalam talian pada harga yang jauh lebih rendah.

Encik Masduki berkata wadah yang berpangkalan di China itu telah terlibat dalam “harga pemangsa,” yang menyebabkan kerosakan kepada perniagaan kecil dan sederhana tempatan. Beliau berkata peraturan baru itu “akan mengawal selia secara adil perdagangan dalam talian dan luar talian”.

Menteri Komunikasi dan Informasi, Encik Budi Arie menegaskan bahawa peraturan itu ditujukan untuk semua wadah perdagangan sosial, bukan hanya TikTok Shop. Ia juga boleh menjejas syarikat e-dagang tempatan yang mantap seperti Tokopedia, Lazada dan BliBli.

Langkah itu dibuat selepas Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Encik Shou Zi Chew berjanji pada forum yang dianjurkannya di Jakarta pada Jun lalu bahawa ia akan melabur berbilion dolar di Indonesia dan Asia Tenggara dalam beberapa tahun akan datang.

Beliau tidak memberikan butiran terperinci tentang rancangan perbelanjaan itu, tetapi berkata ia akan melabur dalam latihan, pengiklanan dan menyokong vendor kecil yang ingin menyertai wadah e-dagang TikTok Shop.

Asia Tenggara, rantau yang menempatkan lebih 675 juta penduduk merupakan salah satu pasaran terbesar TikTok dari segi bilangan pengguna, menjana lebih daripada 325 juta pelawat ke aplikasi setiap bulan.

Peniaga Cik Bening Widayati, yang menjual pakaian di wadah media sosial di samping menjual di gerainya di Pusat Dagangan Antarabangsa (ITC) pusat beli-belah di Jakarta berkata pihak pemerintah harus melihat juga kepada penjual yang bergantung pendapatan pada urus niaga e-dagang.

“Kita sepatutnya mencari penyelesaian situasi sama-sama menang kerana kita juga akan mengalami banyak kerugian. ... Larangan itu akan memberi kesan besar kepada kami,” ujarnya. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >