Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

China catat suhu 52.2 darjah Celsius apabila cuaca ekstrem melanda

Jul 18, 2023 | 03:22 PM



BEIJING: Sebuah bandar terpencil di barat laut China mengalami suhu lebih 52 darjah Celsius pada Ahad – rekod tertinggi bagi negara yang bergelut dengan cuaca bawah 50 darjah Celsius hanya enam bulan lalu.


Suhu di bandar Sanbao di Xinjiang melonjak sehingga 52.2 darjah Celsius pada Ahad, lapor agensi media Xinjiang Daily pada Isnin, sambil menambah bahawa rekod cuaca panas melampau dijangka berterusan sekurang-kurangnya lima hari lagi.

Suhu pada Ahad memecahkan rekod sebelumnya 50.3 darjah Celsius yang dicatat pada 2015 di daerah Ayding dalam lembangan beting pasir dan tasik kering pada ketinggian lebih 150 meter di bawah paras laut.

Sejak April, negara-negara di seluruh Asia dilanda beberapa pusingan gelombang panas yang memecah rekod, mencetuskan kebimbangan tentang keupayaan mereka menyesuaikan diri dengan iklim yang berubah dengan pantas.

Suhu tinggi yang berpanjangan di China telah mencabar grid kuasa dan tanaman sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan berulangnya kemarau pada 2022 yang paling teruk dalam tempoh 60 tahun.

China tidak asing dengan perubahan suhu yang dramatik merentasi musim, tetapi perubahan itu semakin meluas.

Pada 22 Januari, suhu di Mohe, sebuah bandar di timur laut wilayah Heilongjiang, menjunam kepada bawah 53 darjah Celsius, sekali gus memecahkan rekod paras terendah sepanjang masa China sebelum ini iaitu 52.3 darjah Celsius yang dicatat pada 1969.

Sejak itu, hujan paling lebat dalam sedekad telah melanda tengah China, memusnahkan ladang gandum di kawasan yang dikenali sebagai jelapang negara itu. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >