Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FORUM EKONOMI BARU BLOOMBERG 2021

China, dunia mesti bekerjasama tingkat pertumbuhan ekon global

Nov 18, 2021 | 05:30 AM



CHINA dan dunia mesti bekerjasama untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi global, kata Naib Presiden China, Encik Wang Qishan.



Beliau berikrar bahawa Beijing akan terus terbuka kepada pelaburan asing sedang lebih banyak negara kini berhati-hati untuk membuka negara masing-masing atas kebimbangan terhadap keselamatan.



"China tidak boleh membangun secara terasing daripada dunia dan dunia juga tidak boleh membangun tanpa China," kata Encik Wang di Forum Ekonomi Baru Bloomberg di Singapura semalam.



"China tidak akan goyah dalam azamnya untuk memperdalam pembaharuan dan memperluaskan keterbukaan."



Tambahnya: "Melangkah ke depan, China akan membuka ekonomi dengan tangan terbuka, menyediakan lebih banyak pelaburan pasaran dan peluang pertumbuhan kepada dunia. Dan untuk melakukan peranannya kepada pembinaan ekonomi dunia yang mulia dan sebuah masyarakat dengan masa depan bersama untuk manusia."



Encik Wang diperkenalkan oleh bekas setiausaha perbendaharaan Amerika Syarikat, Encik Hank Paulson, yang berkata beliau berharap China akan terus menerima pembaharuan dan terbuka kepada persaingan.



Encik Wang berkata demikian sehari selepas Presiden China, Encik Xi Jinping, mengadakan sidang kemuncak maya dengan Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden.



Hasil panggilan video antara kedua-dua pemimpin itu secara umumnya positif, dengan kedua-dua pihak bersetuju untuk terus membincangkan mengenai pelbagai topik walaupun mereka terus berdebat mengenai isu seperti Taiwan.



Encik Wang berkata hubungan AS-China memberi kesan kepada masa depan dunia, dan berkata kedua-dua pihak harus "bertindak atas persefahaman bersama penting yang dicapai antara kedua-dua presiden, mengekalkan tumpuan mereka pada kerjasama dan mengurus serta mengawal perbezaan".



Dalam ucapannya, Encik Wang juga berkata bahawa dunia perlu mempromosikan "pengagihan vaksin yang adil dan saksama di seluruh dunia" dan negara harus memastikan rantaian bekalan stabil dan lancar.



Beliau juga berkata bahawa pemimpin perlu berkongsi hasil pembangunan dan memburu "peralihan ekonomi rendah karbon secara holistik", lapor Bloomberg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >