China kecam pembunuhan pegawai kanan Iran, gesa hentikan konflik segera

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

China kecam pembunuhan pegawai kanan Iran, gesa hentikan konflik segera

Mar 19, 2026 | 5:26 PM

China kecam pembunuhan pegawai kanan Iran, gesa hentikan konflik segera

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Rakyat Iran berkumpul semasa upacara pengebumian Ketua Keselamatan Iran, Ali Larijani, dan Gholamreza Soleimani, pegawai kanan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) yang mengetuai pasukan Basij, di Tehran pada 18 Mac 2026.
Selepas orang ramai berhimpun di pusat Teheran bagi memberi penghormatan terakhir kepada Larijani, pemimpin tertinggi baharu Iran, Mojtaba Khamenei, dalam satu kenyataan bertulis menegaskan bahawa pembunuh beliau akan menerima balasan.
Pengebumian Larijani diadakan serentak dengan upacara untuk Gholamreza Soleimani, ketua pasukan separa tentera Basij yang turut terbunuh dalam serangan di Iran minggu ini, serta puluhan anggota tentera laut Iran yang terkorban apabila kapal frigat mereka diserang torpedo oleh tentera Amerika Syarikat berhampiran Sri Lanka awal bulan ini.
Rakyat Iran berkumpul semasa upacara pengebumian Ketua Keselamatan Iran, Ali Larijani, dan Gholamreza Soleimani, pegawai kanan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) yang mengetuai pasukan Basij, di Tehran pada 18 Mac 2026. Selepas orang ramai berhimpun di pusat Teheran bagi memberi penghormatan terakhir kepada Larijani, pemimpin tertinggi baharu Iran, Mojtaba Khamenei, dalam satu kenyataan bertulis menegaskan bahawa pembunuh beliau akan menerima balasan. Pengebumian Larijani diadakan serentak dengan upacara untuk Gholamreza Soleimani, ketua pasukan separa tentera Basij yang turut terbunuh dalam serangan di Iran minggu ini, serta puluhan anggota tentera laut Iran yang terkorban apabila kapal frigat mereka diserang torpedo oleh tentera Amerika Syarikat berhampiran Sri Lanka awal bulan ini. - Foto AFP

BEIJING: China mengecam pembunuhan pegawai keselamatan tertinggi Iran, Encik Ali Larijani, dalam serangan udara Israel, sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai “tidak boleh diterima”.

Jurucakap Kementerian Luar China,ncik Lin Jian, berkata Beijing secara konsisten menolak penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa. “Kami sentiasa menentang penggunaan kekerasan dalam hubungan antarabangsa. Tindakan membunuh pemimpin negara Iran serta menyerang sasaran awam adalah lebih tidak boleh diterima,” katanya dalam sidang media pada 19 Mac.

ncik Lin turut menggesa semua pihak yang terlibat supaya segera menghentikan operasi ketenteraan bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk. “China menggesa pihak-pihak berkaitan supaya segera menghentikan operasi ketenteraan dan mengelakkan situasi serantau daripada terus tidak terkawal,” katanya.

Pembunuhan ncik Larijani merupakan antara yang paling berprofil tinggi sejak tercetusnya konflik pada 28 Februari, yang turut mengorbankan beberapa pemimpin kanan Iran termasuk Pemimpin Tertinggi, Ali Khamenei.

Walaupun China merupakan rakan strategik Iran, Beijing turut mengkritik serangan Teheran ke atas negara-negara Teluk yang menempatkan pangkalan tentera Amerika Syarikat.

Pendekatan ini mencerminkan usaha China untuk mengekalkan kedudukan sebagai kuasa penimbang dalam konflik yang semakin meruncing di Asia Barat.

Dalam usaha meredakan ketegangan, China telah meningkatkan aktiviti diplomatiknya di rantau tersebut.
Utusan khas China ke Asia Barat,ncik Zhai Jun, telah melakukan lawatan ke beberapa negara termasuk Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu, Bahrain, Kuwait dan Mesir bagi mengadakan pertemuan dengan pemimpin tertinggi.

Menurut ncik Lin, lawatan tersebut merupakan sebahagian daripada “usaha diplomasi intensif” Beijing.
“Usaha pengantaraan diplomatik China tidak akan terhenti selagi konflik ini berterusan,” katanya.

ncik Zhai turut menegaskan bahawa sasaran bukan ketenteraan tidak seharusnya diserang, selain menyeru agar keselamatan laluan pelayaran antarabangsa dipelihara.

Kementerian Luar China turut memaklumkan bahawa Beijing akan menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Iran, Lebanon, Jordan dan Iraq bagi membantu mangsa konflik.

Dalam masa sama, China menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan negara Asia Tenggara dalam menangani kesan krisis tenaga akibat perang tersebut. “Situasi di Asia Barat telah mengganggu keselamatan tenaga global,” kata Encik Lin. “China bersedia memperkukuh penyelarasan dan kerjasama dengan negara Asia Tenggara bagi menangani isu keselamatan tenaga.”

Langkah China itu dilihat penting memandangkan banyak negara Asia Tenggara bergantung kepada import tenaga, dan kini berdepan tekanan akibat gangguan bekalan.

Situasi ini menjadi lebih rumit selepas Beijing sebelum ini mengumumkan larangan eksport diesel, petrol dan bahan api jet pada awal Mac, yang dijangka meningkatkan lagi kekurangan bekalan dan harga bahan api di rantau tersebut.

Namun, sebarang pelonggaran larangan itu berpotensi membantu meredakan kebimbangan negara-negara seperti Filipina dan Kemboja.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Tenaga Filipina, Cik Sharon Garin, dilaporkan telah mengadakan pertemuan dengan duta China ke Filipina pada 17 Mac bagi membincangkan kerjasama tenaga. Pertemuan itu dilihat sebagai perkembangan positif di tengah ketegangan antara kedua-dua negara berhubung isu Laut China Selatan. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg