Menteri luar negara Arab, Islam kecam serangan Iran, gesa hentikan segera

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Menteri luar negara Arab, Islam kecam serangan Iran, gesa hentikan segera

Mar 19, 2026 | 4:43 PM

Menteri luar negara Arab, Islam kecam serangan Iran, gesa hentikan segera

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
ministers, iran, arab, riyadh
Foto berkumpulan menteri-menteri dari negara Arab dan Islam semasa mesyuarat mengenai keselamatan serantau di Riyadh, Arab Saudi, pada 19 Mac. - Foto REUTERS

RIYADH: Menteri luar dari 12 negara Arab dan Islam mengecam keras serangan ‘sengaja’ Iran terhadap negara Teluk serta beberapa negara serantau, sambil menegaskan tindakan tersebut tidak boleh dibenarkan dalam apa jua keadaan.

Ketetapan itu dicapai dalam satu kenyataan bersama selepas mesyuarat perundingan peringkat menteri yang berlangsung di Riyadh, menghimpunkan wakil dari Qatar, Azerbaijan, Bahrain, Mesir, Jordan, Kuwait, Lubnan, Pakistan, Arab Saudi, Syria, Turkey dan Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Dalam kenyataan yang diedarkan pada 19 Mac itu, para menteri menyatakan Iran didakwa melancarkan serangan menggunakan peluru berpandu balistik dan dron yang menyasarkan kawasan kediaman serta prasarana awam.

Sasaran termasuk kemudahan minyak, loji penyahgaraman air, lapangan terbang, bangunan kediaman dan premis diplomatik.

“Menteri menegaskan kecaman terhadap serangan sengaja Iran yang menyasarkan kawasan awam dan prasarana kritikal,” menurut kenyataan tersebut.

Kenyataan itu juga menegaskan serangan sedemikian tidak boleh dibenarkan di bawah sebarang alasan atau justifikasi.

Para menteri turut menggesa Iran supaya segera menghentikan semua serangan dan mematuhi undang-undang antarabangsa serta prinsip kejiranan baik.

Mereka menegaskan langkah tersebut penting sebagai asas untuk meredakan ketegangan dan memulihkan kestabilan serantau.

“Iran perlu segera menghentikan serangan dan menghormati undang-undang antarabangsa serta undang-undang kemanusiaan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan bersama itu turut menekankan setiap negara mempunyai hak mempertahankan diri selaras dengan Perkara 51 Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Para menteri memberi isyarat negara terlibat akan terus mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi keselamatan dan kedaulatan wilayah masing-masing daripada ancaman berterusan.

Selain itu, para menteri menggesa Iran supaya mematuhi Resolusi Majlis Keselamatan PBB 2817 (2026), termasuk menghentikan semua tindakan yang boleh mengancam keselamatan pelayaran antarabangsa.

Mereka menekankan kepentingan memastikan laluan strategik seperti Selat Hormuz dan Selat Bab al-Mandeb kekal selamat dan tidak terganggu.

“Iran perlu menahan diri daripada sebarang tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan maritim atau menghalang laluan perdagangan antarabangsa,” menurut kenyataan itu.

Para menteri turut menegaskan masa depan hubungan dengan Iran bergantung kepada kesediaan negara itu menghormati kedaulatan negara lain serta tidak campur tangan dalam urusan dalaman.

Mereka juga menggesa Iran supaya tidak menggunakan keupayaan ketenteraan untuk mengancam kestabilan serantau.

Mesyuarat itu turut menyentuh situasi di Lebanon dengan para menteri menyatakan sokongan terhadap kedaulatan, kestabilan dan keutuhan wilayah negara tersebut.

Mereka juga menyokong usaha kerajaan Lubnan untuk memastikan kawalan senjata berada sepenuhnya di bawah kuasa negara.

Dalam masa sama, para menteri mengecam serangan Israel ke atas Lebanon serta dasar peluasan kuasa yang dilihat menjejaskan kestabilan rantau.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan ketika ketegangan di Asia Barat semakin memuncak susulan konflik melibatkan Amerika Syarikat dan Israel dengan Iran sejak akhir Februari lalu.

Serangan berbalas antara pihak-pihak terlibat kini meningkatkan risiko konflik lebih meluas, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan serantau dan kestabilan global. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg