Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BERITA

China nafi tuduhan kendali ‘balai polis’ di Britain, Jerman

Jun 07, 2023 | 06:18 PM



LONDON: Menteri Keselamatan Britain, Encik Tom Tugendhat, berkata pada Selasa bahawa China telah menutup apa yang dilaporkan sebagai “stesen perkhidmatan polis” di beberapa tempat di Britain, dan satu siasatan yang dijalankan tidak mendapati sebagai kegiatan haram yang dilakukan oleh China di tempat-tempat berkenaan.


Sebelum ini Britain mengatakan terdapat laporan mengenai ‘balai polis’ yang tidak diisytiharkan di negara itu dan “amat membimbangkan,” dan sebarang intimidasi dari warga China di Britain atau lain-lain negara tidak boleh diterima.

China telah menafikan sebarang kegiatan serupa itu dan mengeluarkan kenyataan membantah ulasan Encik Tugendhat melalui kedutaannya di London, dengan berkata bahawa tuduhan bahawa ia mengendalikan balai polis di Britain adalah “satu pembohongan politik”.

Polis Britain telah jalankan siasatan terhadap dakwaan yang dibuat oleh sebuah pertubuhan hak asasi manusia bukan pemerintah, Safeguard Defenders, bahawa balai polis seperti itu beroperasi di tiga tempat di Britain, kata Encik Tugendhat dalam satu kenyataan bertulis kepada Parlimen.


“Saya dapat mengesahkan, sejauh ini, belum dapat dibuktikan aktiviti haram pihak China di tempat-tempat itu,” katanya.

Pemerintah China pernah mengatakan bahawa terdapat pusat-pusat di luar China yang dikendalikan oleh sukarelawan, bukan anggota polis China, bertujuan membantu warga China membaharui dokumen mereka dan menawarkan perkhidmatan lain.

Sementara itu, penguasa keselamatan Jerman percaya bahawa China masih menjalankan kegiatan polis di Jerman sekalipun Beijing memberi jaminan kepada Berlin pada Februari bahawa ia telah menghentikan kegiatan serupa itu, menurut kementerian luar dan dalam negeri Jerman pada Isnin.

“Penguasa keselamatan masih percaya terdapat dua buah balai polis seberang laut di Jerman,” kata seorang jurucakap bagi kementerian dalam negeri, semasa satu sidang akhbar.

Berlin sudah memberitahu Beijing pada November 2022 supaya menutup balai polis seberang laut mereka di Jerman.

“Pihak China menghubungi kami pada awal Februari dan mengatakan bahawa “balai perkhidmatan” seperti yang dikatakan itu sudah ditutup,” menurut jurucakap kementerian luar pula dan menambah bahawa Berlin masih merundingkan perkara itu dengan Beijing bagi menyelesaikan isu itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >