China singkir jeneral pangkat tertinggi, timbulkan kekosongan kepimpinan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

China singkir jeneral pangkat tertinggi, timbulkan kekosongan kepimpinan

Jan 27, 2026 | 2:03 PM

China singkir jeneral pangkat tertinggi, timbulkan kekosongan kepimpinan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Jeneral Zhang Youxia (Gambar) disingkirkan daripada Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC) bersama Jeneral Liu Zhenli, pada hujung minggu lalu.
Jeneral Zhang Youxia (Gambar) disingkirkan daripada Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC) bersama Jeneral Liu Zhenli, pada hujung minggu lalu. - Foto: AFP

Kepimpinan tertinggi dalam Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) dilaporkan berada dalam keadaan tidak stabil. Penyingkiran jeneral tertinggi China, Zhang Youxia, bersama seorang lagi pegawai kanan tentera, Jeneral Liu Zhenli, pada hujung minggu lalu telah mencetuskan persoalan serius mengenai punca perebutan kuasa dalam kalangan elit ketenteraan negara itu.

Ia juga menimbulkan persoalan tentang kapasiti peperangan China, sama ada cita-cita untuk menawan Taiwan secara paksa atau terlibat dalam konflik serantau utama yang lain.

Jeneral Zhang, 75 tahun, merupakan naib pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat (CMC) - kumpulan Parti Komunis yang diketuai oleh pemimpin negara Xi Jinping, mengawal angkatan tentera.

CMC, yang biasanya terdiri daripada tujuh anggota, kini telah dikurangkan kepada hanya dua - Encik Xi dan Jeneral Zhang Shengmin.

Semua yang lain telah disingkirkan dalam tindakan keras “anti-rasuah” susulan gelombang penahanan sebelum ini.

Menurut Lyle Morris dari Institut Dasar Masyarakat Asia, tindakan tersebut adalah sesuatu yang belum pernah terjadi sebelumnya.

“PLA berada dalam keadaan kucar-kacir,” katanya kepada BBC, sambil menambah bahawa tentera China kini mempunyai “kekosongan kepimpinan yang besar”.

Ditanya apa yang sebenarnya mendorong peyingkiran begitu ramai jeneral tertinggi, beliau berkata: “Terdapat banyak khabar angin yang tersebar. Kita tidak tahu, pada ketika ini, apa yang benar dan apa yang salah… tetapi ia pastinya buruk untuk Encik Xi Jinping, kerana kepimpinan dan kawalannya ke atas PLA.”

Profesor Madya Chong Ja Ian dari Universiti Nasional Singapura (NUS) juga berkata beliau tidak pasti punca sebenar penyingkiran Encik Zhang tetapi terdapat banyak spekulasi mengenainya.

“Semuanya daripada membocorkan rahsia nuklear kepada Amerika Syarikat hingga merancang rampasan kuasa dan pergaduhan dalaman melibatkan puak. Malah terdapat khabar angin tentang pertempuran senjata api di Beijing,” katanya.

“Tetapi kejatuhan Jeneral Zhang dan Jeneral Liu bersama-sama dengan spekulasi liar itu menonjolkan dua perkara: Encik Xi kekal tidak dapat dibantah dan terdapat had maklumat yang ketara di Beijing,” tambahnya.

Pengumuman rasmi telah dikeluarkan bahawa Jeneral Zhang dan Jeneral Liu “sedang disiasat” kerana dituduh “melanggar disiplin dan undang-undang yang serius”.

PLA Daily dalam satu editorial, menulis bahawa langkah ini menunjukkan pendekatan “toleransi sifar” Parti Komunis untuk “menghukum perasuah… tidak kira siapa atau betapa tingginya kedudukan mereka”.

Tuduhan khusus yang dibuat terhadap semua jeneral ini belum dikeluarkan kepada umum dan mungkin tidak akan pernah dikeluarkan. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg