Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

COVID-19: Afrika catat 100,000 kes jangkitan

May 23, 2020 | 1:49 PM
PESAKIT: Pesakit Covid-10 mendapatkan rawatan di sebuah hospital d Brazil. Sejauj ini negara itu mempunyai lebih daripada 100,000 kes yang disahkan.
PESAKIT: Pesakit Covid-10 mendapatkan rawatan di sebuah hospital d Brazil. Sejauj ini negara itu mempunyai lebih daripada 100,000 kes yang disahkan. - - Foto EPA-EFE

GENEVA: Amerika Selatan telah menjadi pusat baru penularan wabak Covid-19 dengan Brazil menjadi negara yang paling teruk terjejas, sementara kes meningkat di beberapa negara Afrika yang setakat ini mempunyai jumlah kematian yang agak rendah, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam (22 Mei).

"Pandemik Covid-19 hari ini mencatat sejarah baru di Afrika, dengan lebih daripada 100,000 kes yang disahkan.

"Virus ini kini telah merebak ke setiap negara di benua itu sejak kes pertama disahkan sekitar 14 minggu yang lalu," kata WHO dalam satu kenyataan sambil mengumumkan terdapat 3,000 kematian di benua itu.

Sekitar separuh daripada negara-negara Afrika mengalami penularan dalam kalangan masyarakat, kata WHO.

Walau bagaimanapun, keadaan di Amerika Selatan lebih buruk berbanding di Afrika. Brazil merupakan negara yang paling terjejas, dan pihak berkuasa di sana telah membenarkan kegunaan ubat anti-malaria hidroksiklorokuin untuk rawatan Covid-19.

Sembilan negara Afrika menyaksikan peningkatan kes sebanyak 50% dalam beberapa minggu terakhir ini, sementara yang lain mengalami kemerosotan atau kadar yang stabil kata pakar kecemasan WHO, Dr Mike Ryan.

Angka kematian yang rendah mungkin disebabkan usia hampir separuh populasi benua yang berusia 18 tahun ke bawah.

Dr Ryan berkata: "Saya bimbang penyakit ini akan merebak di benua yang mempunyai "jurang yang ketara" dalam perkhidmatan rawatan intensif, oksigen perubatan dan pengudaraan. - Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg