Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19 di M'sia: Kes harian cecah 10,089 dan boleh tambah hingga 15,000 sehari tidak lama lagi: Khairy

Feb 06, 2022 | 05:46 PM



PETALING JAYA: Malaysia sedang berdepan dengan arus jangkitan varian Covid-19, Omicron, dengan kes harian dijangka mencapai 15,000 kes tidak lama lagi, jelas Menteri Kesihatan, Datuk Sri Khairy Jamaluddin.



"Sepenuhnya dalam arus Omicron. Kes (harian) akan sampai 15,000 kes tidak lama lagi. Masih terdapat sejuta warga emas yang belum lagi mendapatkan suntikan penggalak kini.



"Sila beritahu orang tersayang agar mendapatkan suntikan penggalak segera," jelasnya dalam pesanan Twitter pada Ahad (6 Februari).



Malaysia pada Ahad melaporkan 10,089 kes Covid-19 baru lantas membawa jangkitan kumulatif yang terkumpul sejak pandemik melanda kita mencecah 2.914 juta," jelas Ketua Pengarah, Dr Noor Hisham Abdullah, dalam pesanan Twitter.



Bebanan kes harian baru ini kali terakhir melebihi garisan 10,000 kes adalah sekitar empat bulan lalu pada 2 Oktober.



Pada Sabtu, Malaysia melaporkan 9,117 kes baru dengan Dr Noor Hisham berkata, 99 peratus daripada kes ini berada dalam kategori satu dan dua.



Pesakit kategori satu tidak menampakkan tanda jangkitan manakala mereka di kategori dua mempunyai tanda ringan.



Dalam ciapan berasingan, Dr Noor Hisham memberikan angka yang lebih mengejutkan dengan menyatakan kes Covid-19 harian boleh mencecah 22,000 kes sehari menjelang penghujung Mac jika kadar asal jangkitan (Rt) kekal pada 1.2.



Bagaimanapun, beliau berkata liputan vaksinasi Malaysia yang baik akan memastikan kadar keterukan jangkitan Covid-19 kekal rendah.



"Buat masa ini, jika tahap Rt adalah 1.2, kami menjangkakan ia akan cecah 22,000 kes pada penghujung Mac 2022," jelasnya.



Menurutnya kadar jangkitan 1.0 bererti seorang individu yang dijangkiti, secara purata akan menjangkiti sekurang-kurangnya seorang individu lain.



"Bagaimanapun, dengan liputan vaksin meluas dan dos suntikan penggalak, kita boleh mengurangkan keterukan kes Covid-19 ini," tambah Dr Noor Hisham lagi dalam ciapannya.



Terdapat lagi 14 kematian berpunca daripada Covid-19 yang dilaporkan pada Sabtu, membawa pada jumlah keseluruhan mereka yang meninggal kerana pandemik ini mencecah 32,025 kes.



Kerajaan  memberikan lebih banyak butiran mengenai kes harian ini dan keterangan lain selepas tengah malam dalam laman CovidNow (https://covidnow.moh.gov.my).



Laman ini menunjukkan bahawa 78.8 peratus penduduk Malaysia telah lengkap divaksin dengan 37.7 peratus telah menerima suntikan penggalak. - The Star/Asia News Network



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >