Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19 di M'sia: Rekod paling tinggi cecah 19,819 kes baru, 257 kematian

Aug 04, 2021 | 07:08 PM



KUALA LUMPUR: Penularan wabak Covid-19 di Malaysia terus menyaksikan peningkatan apabila dalam tempoh 24 jam lalu, sebanyak 19,819 kes baru direkodkan pada Rabu (4 Ogos) sekali gus menjadikannya paling tinggi dalam sejarah sejak pandemik ini melanda dunia umumnya dan Malaysia khususnya.



Tambahan angka berkenaan juga sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 dalam negara ini sebanyak 1,183,110 kes.



Kes kematian baru turut melaporkan angka baru tertinggi iaitu sebanyak 257 kes dengan jumlah kumulatif kini 9,855 kes.



Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih terus merekodkan kes harian tinggi iaitu sebanyak 8,377 diikuti Kuala Lumpur (2,467) dan Kedah (1,371).



"Kes aktif dengan kadar kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 210,522 kes," katanya.



Berdasarkan kes baru yang dilaporkan, terdapat 23 kes import yang menerima jangkitan dari luar negara manakala selebihnya merupakan penularan tempatan.



Dalam tempoh yang sama, sebanyak 1,069 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 553 kes memerlukan bantuan pernafasan.



Sementara jumlah pesakit yang pulih setakat ini pula sebanyak 962,733 termasuk jumlah kes sembuh baru yang dilaporkan hari ini sebanyak 12,704. - Astro Awani



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >