Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Jakarta gesa pakai pelitup, dapatkan suntikan vaksin

Dec 12, 2023 | 1:34 PM
BERJAGA-JAGA: Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta Airport melaksanakan langkah pencegahan bagi mengekang penularan Coviid-19 dengan memasang pengimbas haba badan.
BERJAGA-JAGA: Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta Airport melaksanakan langkah pencegahan bagi mengekang penularan Coviid-19 dengan memasang pengimbas haba badan. - Foto ST

JAKARTA: Pemerintah daerah Jakarta menekankan penggunaan pelitup dan dan mendapatkan suntikan bagi golongan yang terdedah, demi mencegah penularan Covid-19 sedang Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Tangerang, Banten, meningkatkan beberapa langkah pencegahan. 

“Pakai pelitup dan dapatkan suntikan bagi mereka yang terdedah,” kata ketua pengawasan epidemiologi dan imunisasi, di Perkhidmatan Kesihatan Jakarta, Cik Ngabila Salama, pada 11 Disember.

Cik Salama menggesa orang ramai supaya lebih ketat memakai pelitup, rajin mencuci tangan, mengekalkan kebersihan udara dalam bilik dan mengelakkan asap rokok.

Pasukan Petugas Kawalan Covid-19 di lapangan terbang juga meningkatkan penguatkuasaan protokol kesihatan untuk penumpang selain pemasangan pengimbas haba badan dan penempatan pegawai di setiap terminal.

Memetik laporan portal berita Antara, penumpang di lapangan terbang diingatkan untuk mematuhi protokol kesihatan, seperti memakai pelitup muka, menjaga jarak dan mencuci tangan.

Pemerintah wilayah itu juga merayu kepada orang awam yang terdedah untuk melengkapkan suntikan Covid-19 kerana jika mereka disahkan positif Covid-19, mereka akan berisiko lebih besar untuk jangkitan teruk dan juga kematian.

“Mereka yang berusia lebih 50 tahun, yang belum melengkapkan vaksinasi, serta mereka yang mempunyai hipertensi serentak, diabetes, strok, penyakit jantung, penyakit buah pinggang kronik, barah, batuk kering, HIV dan gangguan imunologi lain, mesti memastikan imunisasi lengkap,” kata Cik Salama, dipetik agensi berita rasmi Antara.

Pejabat Kesihatan Jakarta merekodkan 271 kes COVID-19 yang disahkan dari 4 hingga 10 Disember 2023.

Angka itu jauh lebih tinggi berbanding tempoh 27 November hingga 3 Disember, apabila 80 kes dilaporkan.

Gelombang kes Covid-19 meningkat setiap enam bulan, disebabkan peralihan bermusim yang menjejaskan imuniti orang ramai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg