Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Covid-19 masih kecemasan kesihatan antarabangsa: WHO

Pandemik dalam fasa peralihan, perlu hati-hati kurangkan akibat negatif yang boleh timbul
WHO
Jan 31, 2023 | 05:30 AM



GENEVA: Pandemik Covid-19 masih merupakan satu kecemasan antarabangsa walaupun ia telah menular selama tiga tahun lalu.



Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kecemasan WHO mengenai Covid-19 Jumaat lalu.



Dengan nasihat berkaitan Covid-19 yang diberi oleh jawatankuasa itu, mesyuarat tersebut bersetuju pandemik itu masih ada dan akan dianggap kecemasan kesihatan awam bagi kebimbangan antarabangsa (PHEIC), kata beliau dalam satu kenyataan.



Dr Tedros berkata WHO menerima pandangan jawatankuasa itu bahawa pandemik Covid-19 kemungkinan berada dalam fasa peralihan dan menghargai nasihatnya agar bertindak berhati-hati semasa fasa ini dan mengurangkan akibat negatif yang boleh timbul daripadanya.



Malah sebelum mesyuarat itu, Dr Tedros berkata fasa darurat pandemik itu belum berakhir kerana terdapat peningkatan jumlah kematian, dan memberi amaran bahawa respons global terhadap krisis itu "masih pincang".



"Sedang kita memasuki tahun keempat pandemik ini, kita pastinya berada dalam kedudukan yang jauh lebih baik sekarang berbanding setahun lalu, ketika gelombang Omicron berada di puncaknya dan lebih 70,000 kematian dilaporkan kepada WHO setiap minggu," katanya kepada jawatankuasa itu pada permulaan mesyuarat itu.



Beliau menambah bahawa kadar kematian akibat virus itu berkurangan kepada di bawah 10,000 pada Oktober, namun penarikan balik sekatan Covid-19 di China menyebabkan jumlah kematiannya kembali meningkat bulan lalu.



Pada pertengahan bulan ini, hampir 40,000 kematian Covid-19 setiap minggu dilaporkan dan separuh daripadanya di China, namun jumlah sebenar "sudah tentu jauh lebih tinggi", kata Dr Tedros.



WHO kali pertama mengisytiharkan PHEIC selepas Covid-19, yang sebelum ini dikenali sebagai novel coronavirus, mula merebak di China pada 30 Januari 2020.



Walaupun mengisytiharkan PHEIC adalah mekanisme yang dipersetujui di peringkat antarabangsa untuk mencetuskan respons global terhadap pandemik tersebut, hanya selepas Dr Tedros menyifatkan keadaan Covid-19 yang semakin teruk sebagai pandemik pada 11 Mac 2020, barulah banyak negara menyedari bahayanya.



Di peringkat global, lebih 752 juta kes Covid-19 sah telah dilaporkan kepada WHO, termasuk 6.8 juta kematian walaupun agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu sentiasa menekankan bahawa jumlah sebenarnya kemungkinan besar lebih tinggi. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >